KPM siasat kes guru mengamuk di bilik mesyuarat

Paparan skrin video seorang guru mengamuk di bilik mesyuarat yang tular di media sosial baru-baru ini.Paparan skrin video seorang guru mengamuk di bilik mesyuarat yang tular di media sosial baru-baru ini.KUALA LUMPUR, 26 Jan ― Seorang guru yang rakamannya mengamuk menular di media sosial baru-baru ini ditempatkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu.

Tindakan berkuat kuasa hari ini bagi mententeramkan emosi guru berkenaan sementara siasatan kejadian selesai, kata Kementerian Pendidikan.

Pada kenyataan hari ini, kementerian mendapati kejadian berlaku kelmarin di sebuah sekolah di Kulim, Kedah, meresahkan banyak pihak.

Dalam video berdurasi kira-kira empat minit, guru wanita itu dilihat marah-marah sambil menghempuk meja, meninggikan suara serta meludah dalam bilik mesyuarat.

Menyifatkan perbuatan itu tidak melambangkan profesionalisme seorang guru, kementerian mengingatkan guru dan pentadbir sekolah supaya bersikap profesional.

“[...] hendaklah pada setiap masa menunjukkan teladan yang baik agar kepercayaan dan keyakinan tehadap profesion keguruan tidak menjadi bahan persendaan masyarakat,” kata kenyataan itu.



Sumber KPM siasat kes guru mengamuk di bilik mesyuarat

Related Posts :

0 Response to "KPM siasat kes guru mengamuk di bilik mesyuarat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.