PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan, menyarankan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenakan syarat penerimaan lebih ketat buat jurulatih import dalam Liga Malaysia (Liga M).
Beliau mengakui sebelum ini terdapat juga jurulatih import yang kurang berkelayakan diambil pasukan Liga M.
Katanya, pengambilan jurulatih import yang tidak mempunyai kelayakan atau pencapaian yang meragukan tidak akan meninggalkan kesan positf buat bola sepak negara.
"Bagi saya, jika kita membenarkan jurulatih asing datang, kita mahukan kepakaran. Faham?
"Kami mahu tulis kepada FAM, jangan ambil sembarangan orang. Kami tidak mahu ambil jurulatih yang (hanya) mempunyai lesen daripada UEFA (Kesatuan Bolasepak Eropah), (tetapi) bekerja dalam divisyen keempat.
"Kita tidak boleh benarkan mereka menjadi ketua jurulatih liga profesional kita. Kita tidak sepatutnya membenarkannya," katanya dalam Simposium Kejurulatihan Bola Sepak Belia anjuran PJBM di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Ahad.
Dalam pada itu, Sathianathan menyarankan pemain yang baru bersara dan ingin menjadi jurulatih harus bermula pada peringkat remaja dan akar umbi.
Jelasnya, hanya dengan cara itu seorang bekas pemain mampu mendalami ilmu kejurulatihan dan mengukuhkan kredibiliti sebagai jurulatih.
"Kita perlu bekerja di peringkat akar umbi dahulu. Saya tidak kisah jika (dia) pemain kebangsaan, pemain negeri tetapi dia mesti memahami banyak perkara yang dipelajari di peringkat akar umbi. Selepas itu, barulah kamu naik," katanya lagi.
Sumber
Jurulatih import perlu ditapis
Related Posts :
Bila nak confess dekat kawan baik be like, Senang je kan dia ajak kawenSoal jodoh ini sememangnya menjadi rahsia Allah S.W.T kepada kita, sesiapa pun tidak akan boleh menjangka bahawa dirinya akan bertemu jodoh … Read More...
Kasihan Kylie Jenner jadian tak boleh makan ayam goreng seringgit… “S4kit rasa macam nak cabvt bibir letak tepi!”INDIVIDU yang mempunyai alahan terhadap sesuatu keadaan, makanan ataupun ub4t-ub4tan sering ditemui dalam kalangan kita.
Namun, kesan terhad… Read More...
Elizabeth Tan Ingin Cuba Untuk Hamil Hujung Tahun IniPenyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mended4hkan yang dia dan suami, Siew Jim bersedia untuk menimang cahaya mata pada tahun depan.
Menurut E… Read More...
[VIDEO] “Tu punca rezeki dia murah…” – Sedekah Senyap-Senyap, Tindakan Shuib Dipuji RamaiSedekah tidak akan buatmu mis’kin, malah digalakkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Lebih baik lagi bersedekah secara sembu’… Read More...
Pernah Kenal Lelaki Pan4s Bar4n, Shila Amzah Minta Wanita Berhati-HatiMeskipun berdepan kegagalan rumah tangga, penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.
Baru-bar… Read More...
0 Response to "Jurulatih import perlu ditapis"
Post a Comment