Indonesian Masters: Pasangan beregu campuran negara layak ke suku akhir

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat dan Shevon Jamie Lai berjaya mara suku akhir kejohanan badminton Indonesian Masters  di Jakarta hari ini.

Kejayaan itu diperoleh selepas mereka menewaskan pasangan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu dan Chae Yoo Jung dengan straight set, 21-17, 21-15.

Soon Huat-Shevon seterusnya akan bertemu Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing atau pun Rinov Rivaldy dan Angelica Wiratama dari Indonesia.

Sebelum ini, pasangan tersebut telah menumpaskan beregu China, Wang Yilyu dan Huang Dongping dengan catatan mata 12-21, 21-19, 21-19 pada perlawanan pembukaan 24 Januari lalu.

Kejohanan di Istora Senayan yang bermula pada 23 Januari lalu, bakal berakhir pada 28 Januari 2018 ini.



Sumber Indonesian Masters: Pasangan beregu campuran negara layak ke suku akhir

Related Posts :

0 Response to "Indonesian Masters: Pasangan beregu campuran negara layak ke suku akhir"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.