Menurut Rohani, keputusan itu diperoleh daripada 1,165 responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mengikuti program sepanjang sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia pada November tahun lepas.
"Hampir 80 peratus ibu bapa didapati membenarkan anak-anak mereka memiliki dan menggunakan gajet. Namun, hanya 15.1 peratus daripada ibu bapa akan melarang penggunaan gajet jika anak mereka melakukan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, kajiselidik itu juga mendapati hanya 48 peratus ibu bapa mengehadkan masa penggunaan gajet dan 3.7 peratus pula tidak memantau penggunaan gajet anak-anak.Tahun lepas, pihak kementerian telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan kempen 'No Gadget Hour' bagi memastikan ibu bapa menggunakan masa dengan lebih berkualiti bersama anak-anak berbanding mengutamakan penggunaan gajet.
--BERNAMA
Sumber Hanya 24 peratus ibu bapa periksa kandungan gajet anak
0 Response to "Hanya 24 peratus ibu bapa periksa kandungan gajet anak"
Post a Comment