
Pada awalnya mereka cuba mencari kedudukan tepat telefon bimbit itu melalui bunyi deringan yang kuat selama lima minit. Namun gagal berbuat demikian. Hampir saja memilih untuk memadamkan segala data dalam telefon bimbit itu, akhirnya ada seorang individu yang menghubungi suaminya memaklumkan penemuan telefon wanita terbabit. Alhamdulillah. Semoga perkongsian dari Puan Ain ini bermanfaat untuk para pengguna smartphone. Sediakan payung sebelum hujan ya gais.
SAYA kehilangan handphone di tandas RNR Gurun. Kebetulan abang bawa laptop, terus abang login Gmail account saya. Selepas itu, 'track my device' menggunakan Google account. Kemudian pilih 'ring my phone'. Walaupun phone kita dah ditetapkan kepada 'Silent', tetapi Google boleh deringkan peranti itu dengan kuat dan nyaring selama lima minit.
Abang hantar mesej pada handphone itu, "Please call 017-******' dan mesej dihantar melalui Google account tersebut. Mesej ini memang akan terpapar di muka depan screen.
Jalan terakhir, saya memang buat keputusan 'consider erasing your device' dah. Tetapi saya bersabar saja dulu sebab button ini memang pilihan terakhir. Kalau tekan butang itu, memang tak dapat recover kembali semuanya.
Di saat saya hampir berputus asa, tiba-tiba abang menerima satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Mungkin dia baca mesej yang dihantarkan tadi. Alhamdulillah, orang yang ambil handphone itu memang bercadang mahu memulangkan semula handphone itu. Katanya tengah solat tadi. Kami berjumpa di depan Ramly Burger.
Sumber 'Handphone hilang, banyak gambar, data dan fail di dalamnya' - Tak perlu gelabah, cari dengan Google je
0 Response to "'Handphone hilang, banyak gambar, data dan fail di dalamnya' - Tak perlu gelabah, cari dengan Google je"
Post a Comment