Beregu bukan pilihan itu mencipta kejutan apabila menewaskan rakan senegara yang juga pilihan ketujuh, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing; 15-21, 21-16 dan 21-16 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Istora Senayan, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.
Goh-Shevon akan berdepan pilihan keenam, Zheng Siwei-Huang Yaqiong di separuh akhir esok, selepas gandingan dari China itu mengejutkan pilihan keempat, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong; 21-14, 21-15 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.Dalam pada itu, beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, ditunjuk jalan keluar pada kejohanan berkenaan selepas tumpas 18-21, 22-20 dan 12-21 kepada pilihan ketiga, Liu Cheng-Zhang Nan dari China.
Cabaran Malaysia dalam tiga kategori - perseorangan lelaki serta perseorangan dan beregu wanita, berakhir selepas mereka tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan awal.
-- BERNAMA
Sumber Goh-Shevon berjaya mara ke peringkat separuh akhir Masters Indonesia
0 Response to "Goh-Shevon berjaya mara ke peringkat separuh akhir Masters Indonesia"
Post a Comment