![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/kwiki_field_image_listing_featured.variant.jpg)
BORDEAUX: Pengawal pantai Perancis melancarkan operasi mencari Pierre Agnes, ketua pegawai eksekutif syarikat pakaian sukan meluncur Boardriders, selepas perahu layar miliknya ditemui tersadai di pantai Atlantik, Perancis, kata seorang pegawai.
Agnes, 54, dilaporkan belayar pada awal pagi ini, sebelum menghantar mesej kepada pihak berkuasa pelabuhan memberitahu terpaksa menunda kepulangannya berikutan kabus tebal.
Bot dinaikinya bagaimanapun ditemui kosong berdekatan Hossegor.
Boardriders memiliki Quicksilver, jenama terkenal bagi pakaian pantai dan sukan papan luncur.
Selain Quicksilver, syarikat itu yang dikuasai 85 peratus oleh firma pelaburan swasta Amerika Syarikat, Oaktree Capital, turut memiliki jenama Roxy dan DC Shoes - Reuters.
Sumber CEO Quicksilver hilang di perairan Perancis
0 Response to "CEO Quicksilver hilang di perairan Perancis"
Post a Comment