Bertambah, 1,665 mangsa banjir di 18 pusat pemindahan Pahang

Penduduk Kampung Kalong, Pekan terpaksa meredah banjir sejauh satu kilometer ke jalan besar setelah laluan ke kampung mereka terputus akibat banjir. ― Foto BernamaPenduduk Kampung Kalong, Pekan terpaksa meredah banjir sejauh satu kilometer ke jalan besar setelah laluan ke kampung mereka terputus akibat banjir. ― Foto BernamaKUANTAN, 13 Jan ― Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,665 orang sehingga 9 malam ini dan ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,565 orang petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan di Pekan terus bertambah kepada 1,307 orang ditempatkan di 11 PPS berbanding 1,223 orang petang tadi.

“Di Rompin, mangsa turut bertambah daripada 284 orang petang tadi kepada 293 orang malam ini dengan ditempatkan di empat buah PPS.

“Mereka dipindahkan di Dewan Serbaguna Kampung Pianggu iaitu seramai 32 orang, SK Tekek, Tioman (63), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (71) dan Balai Raya Setajam (127),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Di Kuantan pula, terdapat seramai 56 mangsa yang ditempatkan di dua buah PPS iaitu Dewan Orang Ramai Seri Damai (29) dan Dewan Orang Ramai Kampung Pahang (27).

Manakala Di Raub, PPS di Masjid Jamek Kuala Semantan masih menempatkan seramai sembilan mangsa. ― Bernama



Sumber Bertambah, 1,665 mangsa banjir di 18 pusat pemindahan Pahang

Related Posts :

0 Response to "Bertambah, 1,665 mangsa banjir di 18 pusat pemindahan Pahang"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect