Pekerja dan 50 pelanggan dibawa keluar ke pusat membeli belah berhampiran. (Gambar: Apple)
Tahun ini nampaknya bukan permulaan yang baik buat Apple apabila syarikat berkenaan menghadapi pelbagai isu dan masalah membabitkan model lama mereka.
Belum reda isu sengaja melambatkan kelajuan model iPhone lama, Apple sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila berlakunya letupan kecil pada stor mereka di Zurich, Switzerland.
Insiden ini mungkin nampak biasa untuk kebanyakan premis tetapi apabila mencederakan seramai tujuh orang, ia boleh dikatakan serius!
BIMBANG ASAP BERACUN

Menurut laporan Mirror, letupan terbabit berlaku pada model iPhone 6 Plus.
Bateri pada iPhone terbabit bukan hanya menyebabkan seorang kakitangan melecur, malah turut mengeluarkan asap yang dibimbangi beracun.
Ekoran daripada masalah terbabit, semua pekerja dan hampir 50 pelanggan segera dipindahkan ke Bahnhofstrasse iaitu sebuah tempat membeli-belah eksklusif.
Difahamkan pakar dari Institut Forensik Zurich sedang menyiasat secara terperinci punca kebakaran.
Bagaimanapun, maklumat awal berkemungkin berpunca daripada masalah panas melampau pada sel bateri telefon pintar berkenaan.
BUKAN KALI PERTAMA

Insiden iPhone meletup bukan kali pertama berlaku pada model iPhone 6/Plus.
Tahun lalu, seorang lelaki melecur tahap tiga pada peha kanannnya ketika sedang menunggang motosikal.
Pemuda terbabit dirawat di Hospital Royal North Shore Sydney.
Sumber
Bateri iPhone Meletup, Tujuh Cedera!
Related Posts :
Zizan Kongsi Detik Kem4Iangan, Tapi Kapsyen Ditulisnya Pula Curi Perhatian!Nama Zizan Razak memang cukup sinonim dengan lawak jenaka selamba yang sering dihasilkannya. Selain berbakat besar dalam membuat lawak, Ziza… Read More...
Rumah dalam kebun, tepi sungai… YouTuber menu kampung ada idea rare, kongsi video makan udang mentah, rambutan celup tepung!BARU sebulan berjinak-jinak sebagai YouTuber, gadis ini ada sasarannya yang tersendiri.
Selain bercita-cita menjadi YouTuber berjaya suatu h… Read More...
Kedai Cermin Tutup, Gadis Terpaksa Tutup Cermin Pecah Dengan PlastikMemandangkan ada beberapa perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi ketika ini, tentunya ada beberapa halangan dan cabaran yang terpaksa d… Read More...
Dikatakan Fatima ‘copy paste’ Fattah Amin, Fazura kongsi foto lama cuit hati ramai, “Kasi chance la”Kecomelan Nur Fatima Aisya iaitu merupakan puteri sulung pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura sering mendapat perhatian peminat mere… Read More...
[VIDEO] Reaksi Rider Foodpanda Terima Pesanan Pelik Dari Pelanggan, “Ketuk Dan Lari…”Dalam keadaan seperti sekarang ini, tak dinafikan khidmat rider penghantar makanan antara khidmat penting dan sangat diperlukan. Ramai yang … Read More...
0 Response to "Bateri iPhone Meletup, Tujuh Cedera!"
Post a Comment