Lelaki tersebut, Mohd. Faizlee Abdullah, 29 atau dikenali dengan nama Rafael menjelaskan, wanita berkenaan disifatkan cuba memfitnahnya kerana dia tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk seperti yang didakwa.
"Walaupun dalam laporan yang dikeluarkan di muka depan sebuah akhbar tempatan hari ini tidak menyebut secara jelas nama saya, tetapi ‘screenshot’ yang dipaparkan dapat dibaca meskipun dikaburkan.
"Justeru, tindakan wanita terbabit tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencalarkan reputasi agensi saya, secara tidak langsung mencemarkan nama baik saya.
"Sedangkan, sejak agensi ini ditubuhkan pada 2010, tidak pernah saya berhadapan dengan tuduhan berat sebegini,” jelasnya.
Tambah Rafael, pelakon itu telah pun diberi peluang sebanyak lima kali untuk terlibat dalam beberapa produksi drama selaku pelakon tambahan.
"Jadi, jika benar dakwaannya, mesti saya sudah meminta untuk melakukan hubungan seks sejak kali pertama dia ditawarkan peluang berlakon,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan bahawa seorang wanita berusia awal 20-an telah dianiaya oleh Rafael termasuk menerima ugutan.
Tambah pemilik agensi itu lagi, tuduhan mengatakan dia tidak memberikan bayaran penuh seperti yang dijanjikan juga tidak berasas kerana wanita tersebut berhadapan masalah disiplin.
Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendakwa Rafael mengajaknya menjayakan sesi fotografi bogel.
"Ya, saya memang ada mempelawanya secara peribadi untuk mengadakan sesi fotografi tetapi bukannya bogel, hanya berpakaian seksi sahaja,” tegasnya yang juga merupakan seorang jurufoto sambilan.
Rafael juga telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada Selasa lalu. Pada masa yang sama, dia juga akan mempertimbangkan untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan jika wanita itu berkeras mahu meneruskan dakwaan tanpa meminta maaf.
Sumber Ajak Jayakan Sesi Fotografi Bukan Suruh Bogel
0 Response to "Ajak Jayakan Sesi Fotografi Bukan Suruh Bogel"
Post a Comment