PERODUA : Menjadi pengeluar automotif no. 1 sejak Perodua Myvi generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2005. Pada tahun 2017 jualan Perodua merosot 2,223 unit (1.1%) dari tahun sebelumnya akan tetapi masih menguasai kedudukan no. 1 dengan 35.7% pasaran automotif Malaysia.
HONDA : Buat kali ke 3 berturut-turut berjaya menjadi pengeluar automotif bukan tempatan no. 1 di Malaysia dan ke 2 keseluruhan. Prestasi terbaik Honda pada tahun 2017 apabila berjaya menjual 109,511 unit berbanding tahun 2016 91,830 unit peningkatan 19.3% dan 15.8% penguasaan pasaran dan buat kali pertama jualan melepasi 100 ribu unit.
PROTON : Walaupun Geely berjaya menjadi majoriti dalam pemilikan sahamnya pada tahun lalu, pencapaian Proton sedikit merudun turun 1.8% jualan pada tahun 2017 berbanding tahun 2016. Model Proton Saga terbaru merupakan model keluarannya yang paling laris.
TOYOTA : Jualan pada tahun 2017 menunjukkan peningkatan 5,735 unit atau 9.0% berbanding tahun 2016. 69,492 unit terjual pada tahun 2017. Menduduki tempat ke 4 keseluruhan dan no. 2 pengeluar bukan tempatan.
NISSAN : Prestasi terburuk sejak beberapa tahun ini. Jualan merudum sehingga 33.3% penguasaan pasaran automotif jatuh dari 7.0% ke 4.7%. Jumlah jualan pada tahun 2016 40,706 dan pada tahun lepas jatuh sehingga 27,154 unit. Faktor utama adalah ketiadaan model baru diperkenalkan, akan tetapi masih mengekalkan kedudukan no. 5 keseluruhan pengeluar dan no. 3 pengeluar bukan tempatan.
Muhamad Qalif
Sumber 5 Jenama Automotif Malaysia Tahun 2017
0 Response to "5 Jenama Automotif Malaysia Tahun 2017"
Post a Comment