11 Rahsia Bisnes Cara Rasulullah SAW Yang Boleh Kita Contohi.

Rasulullah SAW dilatih menjadi seorang pemimpin dalam bidang perniagaan sejak kecil. Ia bukanlah satu proses yang singkat dan mudah. Sebaliknya Baginda menerima “latihan perniagaan” sejak berumur 12 tahun daripada bapa saudara Baginda, Abu Talib.

Kepimpinan sangat diperlukan jika ingin berjaya dan cemerlang dalam perniagaan. Nabi telah diberikan latihan praktikal bagi membentuk daya kepimpinan Baginda. Latihannya adalah sebagai seorang pengembala kambing.

Apakah tugas pengembala kambing dengan ciri kepimpinan Rasulullah SAW?  Pertama, keupayaan memberikan arahan. Para pengembala perlu mengarahkan kambing-kambing ke padang yang mempunyai rumput yang subur dan menghijau.

Kesabaran adalah kunci utama dalam mengarahkan binatang-binatang dengan jumlah yang banyak untuk memahami arahan yang kita berikan. Begitulah juga dalam perniagaan.

Kedua keupayaan mengawasi. Para pengembala perlu mengawasi dan membawa pulang kambing-kambing ke kandang agar tidak hilang atau sesat.

Hakikatnya, manusia sering melanggar undang-undang yang dibuat oleh manusia itu sendiri. Jadi disinilah letaknya keistimewaan dan ketinggian keperibadian Rasulullah SAW.

#1- Tugas Sebagai Pengembala Kambing.

Keupayaan menjaga, mengawal dan melindungi.  Para pengembala perlu menjaga,mengawal dan melindungi ternakannya daripada gangguan pemangsa seperti serigala dan pencuri.

#2-Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang jualan Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa urusan jual beli itu.

Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah dan menyenangkan pelanggan menghampiri untuk bertanya tentang barang jualan.

#3- Berniaga Kecil-Kecilan 

Rasullulah SAW memulakan karier perniagaannya secara kecil-kecilan di kota Mekah. Baginda membeli barangan dari pasar dan menjualnya kepada orang lain. Inilah konsep asas dalam bidang perniagaan iaitu membeli dan menjual.

Tidak perlu tergopoh gapah dalam membeli stok yang banyak tetapi gunakan kaedah sedikit-sedikit lama –lama jadi bukit dalam berniaga.

#4-Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Rasullullah SAW menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.

Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Rasullullah SAW menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

#5- Mencari Modal dan Pelabur 

Accounting.

Rasulullah SAW menerima modal daripada para pelabur yang tidak sanggup menjalankan sendiri mereka. Mereka memberikan kepercayaan kepada seseorang yang mereka anggap jujur dana amanah (al-amin) untuk mengendalikan perniagaan dengan menggunakan harta dan wang mereka. Konsep ini berdasarkan kerjasama mudharabah samada melalui upah atau fee based atau perkongsian keuntungan.

#6- Berakhlak Mulia Sebagai Satu Jenama 

Seringkali peniaga akan mengejar jenama sendiri tetapi istimewanya Baginda, sifat akhlak mulia Baginda merupakan satu jenama.

Baginda menunjukkan akhlak yang hebat seperti kejujuran dan keteguhan memegang amanah dalam mengendalikan urusan perniagaan. Akhlak yang tulus dan luhur salah satu kaedah Baginda melakukan penjenamaan perniagaannya.

Baginda sentiasa mengutamakan pelanggan dalam perniagaan Baginda. Kesannya , ramai pemodal di Mekah bekerjasama dengan Rasullulah saw.

Antaranya isterinya sendiri Khadijah binti Khuwalid menawarkan perjanjian konsep mudharabah (pembahagian hasil) . Melalui kaedah ini, Khadijah bertindak sebagai pemodal manakala Baginda sebagai pengendali modal.

#7-Jujur Dalam Urusan Jual Beli

Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.

“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

#8-Perniagaan Lelong 

Perniagan lelong juga merupakan satu kaedah perniagaan yang dijalankan oleh Baginda. Perkara ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Anas ra. Nabi saw bersabda : “Ada sesiapa yang ingin membeli kain dan bekas minuman ini?”  Ada seorang yang menawarkannya dengan harga 1 dirham. Kemudian Nabi bertanya sekiranya ada orang yang ingin membelinya dengan harga lebih tinggi.

Lalu datang seorang lelaki menawarkan sebanyak 2 dirham. Baginda menjualkannya kepada orang itu dengan harga 2 dirham.  (Riwayat a-Tarmizi)

#9-Tidak Pernah Berdebat

Berdebat adakalanya akan  mengundang rasa tidak sempurna di antara dua pihak. Rasulullah dahulu ketika berniaga tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah.

Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

#10-Pengunaan Sistem Kredit 

Ketika melakukan transaksi pembelian, kadangkala Nabi menggunakan sistem kredit. Bagi menunjukkan tanda terima kasih Baginda kepada orang yang telah memberikan hutang, Nabi Muhammad sering membayar hutang dengan melebihi harga yang diperoleh.

Baginda bersabda: “Berikan kepadanya unta tersebut , sebab orang yang paling utama ialah orang yang menebus hutangnya dengan cara paling baik.” (riwayat al-Bukhari)

#11-Menggalakkan Orang Lain Berniaga

Rasulullah SAW sering menggalakkan dan membantu orang lain berniaga. Antara buktinya ialah sabda-sabda Nabi berikut :  “Allah memberikan rahmat kepada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual,membeli, dan membuat pernyataan.”(Riwayat al-Bukhari)



Sumber 11 Rahsia Bisnes Cara Rasulullah SAW Yang Boleh Kita Contohi.

Related Posts :

0 Response to "11 Rahsia Bisnes Cara Rasulullah SAW Yang Boleh Kita Contohi."

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.