JOHOR BAHRU: Viral di media sosial hari ini kononnya ‘pembunuh BMW’ telah ditangkap selepas 40 minit kejadian tikam dan langgar hingga maut yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor lewat petang semalam.
Bagaimanapun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Datuk SAC Azman Ayob ketika dihubungi Astro AWANI menafikan laporan itu.
Dalam mesejnya Datuk Azman menyatakan maklumat berkaitan kejadian telah ada tetapi berita tangkapan berkenaan tidak tepat.
BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru
Beliau sehubungan itu memohon agar semua pihak menghentikan tular liar itu yang boleh mengganggu siasatan.
Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka hingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya meloloskan diri.
Suspek kemudiannya bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.
Mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sumber
Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor
Related Posts :
Penemuan ‘objek misteri’ di tengah lautNelayan Australia yang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara itu terkejut besar, apabila menemui sebuah benda seolah-olah belon ra… Read More...
Petik buah di Australia: Dapatlah seminggu RM2,000DARI sisi lain, tidak semua pemetik buah di Australia hidup menderita dan ditipu ejen, kerana masih ada juga bernasib baik dan berpeluang me… Read More...
Harga minyak petrol RON95 dan RON97 kekal manakala diesel naik 10 sen untuk Ogos 2016Ini adalah harga minyak petrol bagi bulan Ogos 2016 mengikut laporan daripada Malaysiakini. Minyak Diesel naik 10 sen kepada RM1.70 sel… Read More...
Along Cham dedah failkan saman nusyuz kerana Zila AF keluar rumah tanpa izin, “saya tak pernah larang dia jumpa anak, tapi bulan Syawal pun tak nampak batang hidung”Panas dengan gosip rumah tangganya goyah, artis komedi, Along Cham, 33, yang diburu media sejak minggu lalu, akhirnya tampil memberi kenyata… Read More...
Suami dipancung manakala isteri ditetak sampai mati gara-gara hutang 90 senSeorang lelaki dipancung dan isterinya ditetak hingga mati selepas berlaku pergelutan dengan pekedai runcit pada Khamis, lapor pihak berkuas… Read More...
0 Response to "Usah tularkan 'pembunuh BMW' telah ditangkap - Polis Johor"
Post a Comment