UMNO perlukan 500,000 undi tawan Kelantan

KOTA BHARU: UMNO Kelantan memerlukan 500,000 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), bagi membolehkan parti itu menawan negeri berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sehingga ini, pihaknya mempunyai 250,000 pengundi daripada jumlah keseluruhan sejuta pengundi di Kelantan.

Katanya, UMNO memerlukan 250,000 hingga 300,000 undi dalam usaha menawan Kelantan pada PRU-14 nanti.

"Justeru, UMNO Bahagian perlu menggerakkan jentera untuk mendekati pengundi atas pagar supaya mereka cenderung kepada UMNO pada PRU nanti.

"Malah, jentera UMNO juga perlu mendekati badan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan awam bagi mencukupkan bilangan undi diperlukan.

"Kita tidak bimbang ahli UMNO sudah tentu mereka akan memilih BN ketika mengundi nanti. Jadi, kita perlu dekati pengundi atas pagar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis soal jawab anjuran UMNO Kota Bharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Salleh dan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Wan Mohd Rasman Wan Hassan.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, tiada perkara yang mustahil memenangi Kelantan pada PRU nanti sekiranya jentera UMNO bekerja kuat.

"Kita yakin sekiranya jentera berusaha bersungguh-sungguh mendekati pengundi terutama pengundi atas pagar, sudah tentu mereka akan cenderung kepada UMNO.

"Melihat kepada situasi sekarang, penduduk Kelantan juga menunjukkan sokongan kepada UMNO dan mahukan perubahan pada PRU nanti" katanya.



Sumber UMNO perlukan 500,000 undi tawan Kelantan

Related Posts :

0 Response to "UMNO perlukan 500,000 undi tawan Kelantan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect