Tragedi Lenggong: Bapa tiga beradik maut hembus nafas terakhir

TAIPING: Ismail Yaacob, 53, ayah kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Lenggong pada Ahad menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 1.50 pagi tadi.

Anak sulungnya, Muhd Hafiz Ismail, 27, menyampaikan berita mengenai pemergian ayah tersayang kepada Astro AWANI melalui pesanan ringkas pagi tadi.

“Kak, abah saya dah selamat pergi,” katanya yang berjiwa cekal tersebut.

Ismail, yang merupakan seorang guru besar di SK Santong dan pernah mencurahkan bakti sebagai guru disiplin di SK Batu 48 sebelum ini meninggalkan dua anak lelakinya serta seorang anak perempuan dan isteri yang terselamat dalam insiden berkenaan.

BACA: "Lori 'sapu' semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan" - Saksi

BACA: Tragedi Lenggong: "Tunggu Mama di syurga..."


Hafiz, diberitahu mengenai keadaan ayahnya yang mempunyai harapan tipis oleh pihak perubatan sekitar pukul 3 petang Isnin dan redha dengan kejadian yang menimpa ayah tercinta.

“Saya redha, jika ayah pergi menemani adik-adik saya yang telah meninggal dunia. Saya tak sanggup tengok ayah lagi menahan sakit begitu.

“Saya doakan Allah permudahkan, dan percepatkan sekiranya ajal abah dah tiba, sebab saya tak sampai hati tengok ayah dalam keadaan hidup bergantung pada mesin,”katanya lagi.


Hafiz, yang bertugas sebagai Inspektor Kesihatan di Pejabat Kesihatan Baling ditemui di Hospital Taiping dan telah menjaga Allahyarham Ismail Yaacob sejak dimasukkan ke wad pada Ahad.


Sumber Tragedi Lenggong: Bapa tiga beradik maut hembus nafas terakhir

0 Response to "Tragedi Lenggong: Bapa tiga beradik maut hembus nafas terakhir"

Post a Comment