KOTA BELUD: Sebanyak 120 mangsa banjir daripada 79 keluarga di 26 buah kampung di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Tun Said, pagi ini.
Setakat jam 7.30 pagi, semua mangsa berjaya dipindahkan dengan bantuan pasukan penyelamat yang terdiri daripada beberapa agensi, menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Lt. Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud.
"Sebanyak 26 buah kampung terjejas akibat dinaiki air dalam kejadian banjir kali ini. Pasukan penyelamat turut menyediakan enam buah aset bot sebagai bantuan kecemasan memindahkan mangsa yang terkesan," katanya.


Mohd Izaimi berkata, antara kampung yang terlibat ialah Kg Donggoi, Kg Marajah, Kg Gunring, Kg Sadok-Sadok, Kg Sembirai, Kg Lingkodon, Kg Linau, Kg Lebak Moyoh, Kg Bobot, Kg Suang Punggur, Kg Menunggui, Kg Song-Song, Kg Sangkir, Kg Karang Benai, Kg Bota Bungan dan Kg Kota Belud.
Sementara itu, antara jalan yang direkodkan terputus akibat banjir di daerah itu adalah Jalan Kg Marajah-Donggoi, Kg Lebak Moyoh-Bypass Kudat, Jalan Kg Sembirai, Jalan Kg Linau, Jalan Kota Belud dan Jalan Siasai Tamu.


Mohd Izaimi menerangkan, paras air di Sungai Kadamaian berada di tahap amaran iaitu 1.91 meter.
"Manakala Sungai Abai pula mencecah paras bahaya pada 5.81 meter.
"Operasi ini masih dijalankan dan setiap perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," tambahnya.
Selain APM, agensi lain yang turut terlibat memberi bantuan mangsa banjir termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am.
Sumber
120 mangsa banjir Kota Belud di Pusat Pemindahan Sementara
Related Posts :
Walaupun Gempa Bumi Semakin Kuat Mengoncang Masjid, Imam Teguh Dengan Ayat Kursi 3x. Subhanallah..
5 Ogos 2018, Kelihatan video seorang imam tetap melanjutkan solat isya’ ketika terjadinya gempa bumi ini. Dari sumber media yang diterima,… Read More...
"LGBT bukannya minta diluluskan kahwin sejenis, cuma mahu hak sama rata tanpa sebarang diskriminasi" - Marina Mahathir
Aktivis, Datin Marina Mahathir berkata, ia termasuk hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan … Read More...
Jangan Biarkan Terperuk Dalam Galeri, Abadikan Foto Dengan Photobook!Setiap gambar yang dirakam semestinya mempunyai ceritanya sendiri. Tidak hairanlah wujud kata-kata ‘sekeping gambar, seribu makna’ untuk men… Read More...
Khas Buat Wanita Yang Ada Menyimpan Niat Mahu ‘Menumpang’ Kasih Suami Orang, Tolong Baca Dan Fahami Sifir Ringkas Ini...
Hati wanita teramat sensitif apabila berbicara mengenai madu atau suaminya berkahwin lain. Apatah lagi apabila mendapati suaminya berkahw… Read More...
Al-Fatihah... Tiada Lagi Watak Inspektor Nizam Dalam Gerak Khas..
Sebentar tadi menerusi laman Instagram milik pelakon utama gerak khas, Salina Saibi telah berkongsi cerita sedih bahawa rakan sekerja, Ni… Read More...
0 Response to "120 mangsa banjir Kota Belud di Pusat Pemindahan Sementara"
Post a Comment