Kuala Lumpur: Kekalahan di tangan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu menyaksikan penyerang Arsenal, Mesut Ozil menggunakan media sosial bagi meluahkan rasa kurang senang dan kecewa.
Ozil meluahkan rasa kecewa di Twitter apabila melepaskan beberapa peluang berharga sekali gus menjarakkan lagi kedudukan dengan pendahulu liga.
"Kami bermain dengan baik malah menguasai perlawanan tersebut tetapi melepaskan begitu banyak peluang.
"Gol ketiga United memusnahkan harapan kami tetapi perlawanan harus diteruskan. Terima kasih atas sokongan kepada semua peminat The Gunners," katanya.
Pemain kebangsaan Jerman itu diturunkan ketika Arsenal tewas 1-3 kepada United yang menyaksikan pasukan itu ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu, Manchester City.
Masa depan Ozil bersama Arsenal juga masih menjadi tanda tanya selepas dikatakan enggan memperbaharui kontrak malah kini dikaitkan dengan perpindahan secara percuma ke United.
Sumber
Tewas di tangan United, Ozil luah rasa kecewa
Related Posts :
Padah lelaki 24 tahun ini main dengan mak nyah lepas dia diugut pondan tersebut dengan penyebaran video asmara merekaTINDAKAN seorang lelaki berusia 24 tahun melepaskan nafsu dengan melakukan hubungan seks bersama mak nyah akhirnya membawa padah, apabila di… Read More...
Cerai kali ketiga, Datuk Seri Vida akui serik kahwin lagiBERITA penceraian usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida bersama suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin sememangnya mengejutkan peminat indus… Read More...
Ariff AB, penyanyi asal Malaysia yang kini semakin menyerlah di UK, jom dengar sedap ke tidak!Ariff Abu Bakar tidak pernah menyangka menjadi artis bebas di United Kingdom (UK) jauh dari tanah airnya, boleh menjadi satu platform hebat … Read More...
AirAsia dan Firefly sindir Malindo Air isu calon pramugari disuruh buka bajuGARA-GARA kecoh berita tular calon pramugari Malindo Air kononnya diarahkan berbogel ketika proses temuduga, dua syarikat penerbangan lawan … Read More...
“Bollywood bukan pentas saya” – Legenda tarian klasik India dari Malaysia, Datuk Ramli IbrahimLegenda tarian klasik India dari Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim berkata “Bollywood bukan pentas saya,” yang sekali gus menolak kemungkinan pe… Read More...
0 Response to "Tewas di tangan United, Ozil luah rasa kecewa"
Post a Comment