KOTA BAHRU: Nelayan di Kelantan dinasihatkan supaya tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh memandangkan keadaan angin kencang dan laut bergelora di perairan negeri itu agak membahayakan keselamatan mereka.
Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Anuar Salam Sulaiman berkata walaupun nelayan terbabit telah diberikan kursus berkaitan langkah-langkah keselamatan ketika di laut namun mereka masih terdedah kepada bahaya di musim tengkujuh ini.
"Kalau boleh kita elakkan ke laut kerana kita tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini. Di negeri ini terdapat lebih 5,000 nelayan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Komuniti Nelayan Tanjung Kuala Sabak di sini, Mohd Faizal Rashid, 38, berkata jumlah nelayan yang ke laut musim ini tidak ramai dan mereka diingatkan supaya membawa alat komunikasi bagi memudahkan mereka dapat dikesan jika berlaku kecemasan.
"Sekiranya ada nelayan yang sanggup turun ke laut pada musim tengkujuh ini, mereka perlu membawa rakan sebagai langkah keselamatan," katanya.
Seorang nelayan, Mustapa Ahmad, 48, berkata meskipun mengetahui keadaan ombak di musim tengkujuh tidak menentu namun beliau tetap cekal hati untuk ke laut kerana punca pendapatannya hanya bergantung kepada menangkap ikan.
"Saya dan beberapa lagi rakan terpaksa memberanikan diri keluar menangkap ikan walaupun mengetahui keadaan laut bergelora musim ini namun kami akan lebih berhati-hati," katanya.
-- BERNAMA
Sumber
Tengkujuh: Nelayan dinasihat tidak turun ke laut
Related Posts :
"Nak Hentam Saya, Hentamlah..." - Zed Zaidi Tak Hairan Kutukan, Tolak Tawaran Bergelar Datuk"Nak Hentam Saya, Hentamlah..." - Zed Zaidi Tak Hairan Kutukan, Tolak Tawaran Bergelar Datuk
Zed Zaidi merupakan seorang individu yang lan… Read More...
Gaji penjawat awam rendah punca rasuah, salah guna kuasa – CuepacsKongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menolak isu gaji rendah dalam kalangan penjawat awam menjadi pun… Read More...
Video: Sifu Tai Chi kalah dengan peserta MMA dalam tak sampai 10 saat, kasut licin disalahkanSelepas dikalahkan dalam masa 10 saat ditangan peserta MMA minggu lepas, sifu Tai Chi kini berkata kasut licin menjadi punca kekalahan terse… Read More...
"Isteri Saya Paling Sedih, Terkesan.." - Hazama, Takziah Buat Hazama Dan Isteri"Isteri Saya Paling Sedih, Terkesan.." - Hazama, Takziah Buat Hazama Dan Isteri
Anak merupakan anugerah terindah buat pasangan suami ister… Read More...
(8 FOTO) Gambar Terkini Adira Yang Semakin Berseri Setelah Selesai Berpantang, Turun 25kg(8 FOTO) Gambar Terkini Adira Setelah Berpantang, Turun 25kg
Penyanyi popular Adira telah selamat menimang anak sulung yang diberi nama A… Read More...
0 Response to "Tengkujuh: Nelayan dinasihat tidak turun ke laut"
Post a Comment