Tauke Tamatkan Zaman Duda

Tauke Tamatkan Zaman Duda

Bersatu selepas dua tahun bertunang. (Pic: Instagram @taukejambu)

Selepas lima tahun menduda dan dua tahun menjalinkan pertunangan dengan Nadia Mohd Affendi, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria dengan sekali lafaz sah bergelar suami kepada wanita itu pada jam 11.55 pagi Sabtu.

Sah jadi suami Nadia.

Majlis diadakan di De' Laman Event Space itu menyaksikan pasangan ini dinikahkan oleh Imam dan jurunikah Masjid Al I'itisam, Taman Tun Dr Ismail Jaya, Mohd Fairus Shuaib yang mewakili bapa pengantin perempuan Mohd Effendi.

Harap kekal ke Jannah.

Tauke, 40, menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran sebanyak RM30,000. Tauke turut menyerahkan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Seperti mana pasangan berkahwin lain, Tauke juga berharap fasa baru yang dinikmatinya kini akan kekal ke jannah.

Wang hantaran RM30,000.

“Alhamdulillah semuanya lancar dan diharap fasa baru kami selepas ini akan dipermudahkan. Saya berharap ikatan perkahwinan kali ini akan kekal sampai bila-bila,” kata Tauke.

Diraikan keluarga, sahabat dan rakan media.

Majlis pernikahan mereka dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Rakan artis turut meraikan.

Tauke dan Nadia bertunang di Terengganu pada 5 Disember 2015. Pelawak yang terkenal menerusi kumpulan Jambu itu pernah berkahwin tiga kali dan dikurniakan enam cahaya mata sebelum ini.

Malam hari sama mereka bernikah, pasangan itu diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi sama.



Sumber Tauke Tamatkan Zaman Duda

Related Posts :

0 Response to "Tauke Tamatkan Zaman Duda"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect