Sri Lanka pajak pelabuhan kepada China 99 tahun untuk bayar hutang

Parlimen Sri Lanka meluluskan pelbagai konsesi cukai untuk perjanjian Pelabuhan Hambantota, termasuk pengecualian cukai sehingga 32 tahun kepada syarikat China terbabit yang dibantah parti pembangkang.

sri-lankan

COLOMBO: Sri Lanka menyerahkan sebuah pelabuhan laut dalam kepada sebuah syarikat China pada Sabtu melalui satu perjanjian untuk meningkatkan kewangan negara itu yang mencetuskan kebimbangan di dalam dan luar negara berhubung peningkatan pengaruh Beijing.

Perjanjian bernilai $1.12 bilion yang julung kali diumumkan Julai lalu, membolehkan sebuah syarikat milik China mengambil alih Pelabuhan Hambantota di selatan negara itu yang merentangi laluan perkapalan timur-barat tersibuk di dunia, melalui pajakan 99 tahun.

“Dengan pemeteraian perjanjian hari ini, Perbendaharaan menerima $300 juta.

“Ini ialah permulaan untuk membayar hutang kami,” kata Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dalam satu majlis penyerahan di ibu negara itu.

Pelabuhan yang mengalami kerugian itu kini diuruskan secara bersama oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Sri Lanka milik kerajaan dan China Merchants Port Holdings.

Kerajaan pimpinan bekas presiden, Mahinda Rajapaksa meminjam $8 bilion daripada China untuk tujuan projek pembangunan infrastruktur, termasuk pelabuhan itu.

Perjanjian itu menimbulkan kebimbangan di dalam dan luar negara, di mana negara seperti India dan Amerika Syarikat khuatir pelabuhan laut dalam itu akan memberi Beijing kelebihan ketenteraan di Lautan Hindi.

Jumaat lalu, Parlimen Sri Lanka meluluskan pelbagai konsesi cukai untuk perjanjian pelabuhan itu, termasuk pengecualian cukai sehingga 32 tahun kepada syarikat China terbabit yang dibantah parti pembangkang.

“Tolong beritahu Dewan ini butiran konsesi cukai sangat baik yang anda berikan kepada China berhubung perjanjian itu. Apa yang anda dapat daripadanya?” tanya seorang wakil rakyat pembangkang, Anura Dissanayake di Parlimen, pada Sabtu.

Sri Lanka berhasrat mengurangkan hutang luar negara yang banyak melalui perjanjian Pelabuhan Hambantota dan menjual beberapa perusahaan lain untuk mendapat wang.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Sri Lanka pajak pelabuhan kepada China 99 tahun untuk bayar hutang

Related Posts :

0 Response to "Sri Lanka pajak pelabuhan kepada China 99 tahun untuk bayar hutang"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect