STESEN televisyen BBC membuat permohonan maaf selepas menyiarkan klip video yang salah ketika penyiaran berita kematian legenda Bollywood, Shashi Kapoor.
Kesilapan itu dibuat sewaktu segmen tribute khas untuk Kapoor dalam program berita 'BBC News at 10', pada Selasa.
Klip video yang disiarkan adalah klip Amitabh Bachchan dan Rishi Kapoor.
Ia mengundang kemarahan ramai, khususnya peminat fanatik Bollywood yang berpendapat ia sangat pelik kerana ketiga-tiga bintang itu mempunyai rupa paras yang berlainan.
BBC melalui penerbit program itu, Paul Royall, mengeluarkan permohonan maaf sebaik sahaja menyedari kesilapan itu.
Kata Royall, ia merupakan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak menggambarkan kualiti sebenar stesen televisyen berkenaan.
BBC bukan yang pertama melakukan kesilapan berhubung laporan kematian Sashi. Sebuah stesen televisyen di India secara tidak sengaja meletakkan nama pemimpin Kongres, Shashi Tharoor, ketika melaporkan kematian Kapoor di Twitter.
Tharoor, menerusi Twitter, memaklumkan dia dihujani panggilan daripada wartawan selepas penyiaran tweet berkenaan.
Sumber
Siar klip Amitabh Bachchan dalam laporan kematian Shashi Kapoor, BBC mohon maaf
Related Posts :
Suami isteri ini sanggup abaikan anak sendiri di restoran angkara Mobile LegendsSepatutnya sebagai ibu bapa, kita perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak kita terutamanya sewaktu berada di luar. Tidak guna sekiran… Read More...
Siapa bakal juara AF Megastar? Ini ramalannya!
KONSERT AF Megastar bakal melabuhkan tirai akhirnya di Royale Theatre Shah Alam pada jam 9 malam ini.
Lima bintang iaitu Idayu, Bob, Marsha… Read More...
Rumah dipecah masuk, Mariah Carey kerugian USD$50,000
PENYANYI lagu My All, Mariah Carey mengalami kerugian sebanyak USD$50,000 (RM200,000) selepas rumah agamnya yang terletak di Los Angeles di… Read More...
'Laksamana Sunan' bakal ke layar perak
KUALA LUMPUR: Filem adaptasi “Bagaikan Puteri” tulisan Ramlee Awang Murshid akan diadaptasi ke layar perak tidak lama lagi.
Malah, penulis … Read More...
Selamatkan mangsa kemalangan, mangsa puji budi baik Shuib Sepahtu
SEORANG pemuda berterima kasih kepada pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Shuib Sepahtu kerana membantu dirinya yang terlibat dalam kemal… Read More...
0 Response to "Siar klip Amitabh Bachchan dalam laporan kematian Shashi Kapoor, BBC mohon maaf"
Post a Comment