Shahnon Ahmad selamat dikebumi di Bandar Baru Bangi

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ketika menziarahi jenazah Datuk Dr Shahnonn Ahmad di Bandar Baru Bangi, 26 Dis 2017. — Foto oleh Shafwan ZaidonSasterawan Negara Datuk A. Samad Said ketika menziarahi jenazah Datuk Dr Shahnonn Ahmad di Bandar Baru Bangi, 26 Dis 2017. — Foto oleh Shafwan Zaidon

BANGI, 26 Dis — Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bukan sahaja hebat menulis dan berkata-kata dalam dunia sastera Melayu malah beliau juga lantang memperjuangkan hak rakyat.

Mewakili PAS, Shahnon menang kerusi Sik, Kedah bagi penggal 1999 hingga 2004, menewaskan menteri di jabatan perdana menteri ketika itu Datuk Dr Abdul Hamid Othman dengan 478 undi.

Majlis pengekebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi siang tadi dihadiri kira-kira 200 orang termasuk tokoh sastera dan politik antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah berkata dirinya mengenali rapat dengan Shahnon ketika dia menolongnya berkempen pilihan raya umum di Sik.

“Disebabkan arwah juga sangat sensitif tentang isu rakyat terutamanya pada 1998, dia menjadi sangat lantang dalam penulisan,” kata ahli parlimen Permatang Pauh.

Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Shahnon Ahmad selamat dikebumi di Bandar Baru Bangi

Related Posts :

0 Response to "Shahnon Ahmad selamat dikebumi di Bandar Baru Bangi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect