Seludup senjata api, rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi di Pakistan kerana dipercayai cuba menyeludup keluar senjata api. ― Foto ihsan Facebook/Karachi WalaySeorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi di Pakistan kerana dipercayai cuba menyeludup keluar senjata api. ― Foto ihsan Facebook/Karachi WalayKUALA LUMPUR, 23 Dis ― Polis Diraja Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi di Pakistan hari ini dipercayai cuba menyeludup keluar senjata api  dari negara itu.

Ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai penahanan lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kami sahkan yang lelaki warga Malaysia telah ditahan di Pakistan.

“Pihak polis  akan berhubung dengan pihak berkuasa di Pakistan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media antarabangsa hari ini melaporkan pihak berkuasa negara itu menemui senjata api dan peluru selepas menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki tersebut  yang dikatakan mahu menaiki penerbangan  ke Bangkok, Thailand.

Gambar lelaki berkenaan yang ditahan di lapangan terbang itu serta pasport miliknya kini tersebar di laman sosial hari ini. ― Bernama



Sumber Seludup senjata api, rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

Related Posts :

0 Response to "Seludup senjata api, rakyat Malaysia ditahan di Pakistan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect