Saya tak lari: Isa Samad

PORT DICKSON: "Mana ada saya lari," kata bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kepada pemberita sebaik tiba di Batu 4, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Veteran ATM Cawangan Port Dickson ditemui ketika menghadiri Kempen Tabung Hari Pahlawan 2017 Peringkat Parlimen Teluk Kemang.

Ketika berucap, beliau turut memberitahu tidak melarikan diri daripada pihak media tetapi perlu menghadiri banyak program.

"Ramai cakap saya lari, mana ada saya lari, saya ada banyak program di sini, Jempol dan Seremban," katanya.

Khamis lalu, BH melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, di ibu kota, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat transaksi pindah milik tanah yang didakwa mencurigakan itu termasuk tidak menolak kemungkinan memanggil Mohd Isa bagi membantu siasatan.



Sumber Saya tak lari: Isa Samad

Related Posts :

0 Response to "Saya tak lari: Isa Samad"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect