Saya keluar dari zon selesa - Awal Ashaari

KUALA LUMPUR: Selepas enam tahun mengendalikan Melodi, Awal Ashaari membuat keputusan mengundurkan diri daripada program hiburan popular itu.

Awal, 36, memberitahu keputusan itu dibuat selepas memikirkan sudah tiba masanya dia keluar dari zon selesa dengan terus mengembangkan kerjaya seni.

"Saya baru sedar saya perlu keluar dari zon selesa. Enam tahun adalah masa yang cukup lama untuk kekal dalam sesuatu program.

"Pada penghujung 2016, saya pernah menghantar surat untuk berhenti dari Melodi kepada pihak penerbitan. Namun, ditolak kerana mereka tiada pengganti sesuai.

"Tahun depan, mereka mahu menggandingkan saya dengan dua selebriti popular. Jadi, saya fikir inilah masa yang paling sesuai.

"Alhamdulillah, mereka terima dan menghormati keputusan saya. Secara jujur, saya terlalu selesa dan tiada cabaran.

"Saya fikir saya perlu tekan lebih lagi dalam kerjaya," katanya kepada BH Online. Awal turut mengumumkan pengundurannya daripada program Melodi pada status di akaun Instagram.

Dengan keputusan itu, slot Melodi yang disiarkan TV3, tengah hari tadi yang terakhir dikendalikan Awal.

Sepanjang enam tahun mengendalikan Melodi, Awal pernah digandingkan dengan Zizan Razak, Sherry Alhadad, Zulin Aziz dan AG Kool FM.

Menjelaskan gosip kononnya Awal meninggalkan Melodi kerana menerima tawaran program, Meletop yang disiarkan Astro, suami Scha Alyahya itu menafikannya.

Ini berikutan, Selasa lalu, Awal mengambil alih tempat Nabil Ahmad yang sedang bercuti di luar negara, mengendalikan program hiburan itu bersama-sama Neelofa.

"Kemunculan saya dalam Meletop tidak ada kena mengena dengan keputusan yang dibuat. Produksi program itu meminta saya menggantikan tempat Nabil yang sedang bercuti.

"Sebelum ini, Meletop pernah menjemput saya sebagai pengganti hos program itu tetapi rasanya tidak manis, kerana saya hos Melodi.

"Tetapi sekarang, saya tidak terikat dengan Melodi, sebab itulah saya ambil peluang itu," katanya.

Selain Awal, gandingannya, AG Kool FM juga mengumumkan tidak meneruskan tugas sebagai pengacara Melodi tahun depan.



Sumber Saya keluar dari zon selesa - Awal Ashaari

Related Posts :

0 Response to "Saya keluar dari zon selesa - Awal Ashaari"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect