Filem lakonan (dari kiri) Farid Kamil, Ayda Jebat dan Shaheizy Sam mengutip RM3.2 juta sejak ditayangkan pada 30 November lalu. — Foto ihsan Facebook/Pinjamkan HatikuKUALA LUMPUR, 22 Dis ― Pengarah popular Osman Ali mensasarkan kutipan filem 'Pinjamkan Hatiku' mencecah RM3.5juta.
Sejak ditayangkan pada 30 November lalu, katanya, filem berjaya mengutip RM3.2 juta, lapor Kosmo!
Sutradara itu juga tidak menolak kemungkinan untuk mengarah sekuel filem ini kerana jalan ceritanya "telah lama tersedia."
"Ketika menulis skrip untuk Pinjamkan Hatiku, saya telah memikirkan jalan cerita selanjutnya jika filem ini akan dibikin sebagai sekuel," katanya.
"Namun, segalanya masih dalam perancangan awal. Jika kena dengan masa ada ada rumah produksi mahu menerbitkan drama, mungkin saya boleh pertimbangkan."
Filem mengisahkan cinta tiga segi seorang gadis yang berdepan dilema untuk memilih antara kawan lamanya Naufal atau Hasnan, doktor yang merawatnya.
Ia dibintangi Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil.
Sumber Sasar RM3.5juta, ‘Pinjamkan Hatiku’ mungkin ada sekuel
0 Response to "Sasar RM3.5juta, ‘Pinjamkan Hatiku’ mungkin ada sekuel"
Post a Comment