Rumah hangus, dua budak antara empat rentung

Anggota dari balai bomba dan penyelamat Sepang terlibat dalam memadam kebakaran di sebuah rumah yang mengorbankan empat individu. — Foto ihsan Facebook/Balai Bomba dan Penyelamat KLIAAnggota dari balai bomba dan penyelamat Sepang terlibat dalam memadam kebakaran di sebuah rumah yang mengorbankan empat individu. — Foto ihsan Facebook/Balai Bomba dan Penyelamat KLIA

SEPANG, 13 Dis — Dua kanak-kanak lelaki antara empat individu yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat di sini, 6 pagi tadi.

Mangsa Chia Yuan Bin, 3, sementara seorang lagi berumur sembilan tahun belum dikenal pasti. Dua lagi mangsa, Lim Mai Shak, 68 dan Chia Tee Nang, 73, lapor Berita Harian.

“Empat mangsa ditemui selepas api berjaya dipadamkan,” kata penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.

Beliau berkata, mangsa pertama ditemui jam 6.43 pagi; mangsa kedua empat minit kemudian. Mangsa ketiga dan keempat ditemui pada 6.58 pagi.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah berkeluasan 7.4 x 7.4 meter persegi musnah sepenuhnya,” katanya.

Seramai 15 anggota dari balai bomba dan penyelamat Sepang dan Lapangan Terbang KLIA terlibat memadamkan kebakaran.



Sumber Rumah hangus, dua budak antara empat rentung

Related Posts :

0 Response to "Rumah hangus, dua budak antara empat rentung"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect