Ronaldinho mungkin sertai politik

Bintang bola sepak Brazil itu ditawar menjadi calon kerusi senat parti konservatif Patriota pada pilihan raya negara itu tahun depan.

Patriota-RonaldinhoRIO DE JANEIRO: Bintang bola sepak Brazil yang membantu negara itu menjulang Piala Dunia, Ronaldinho, sedang menimbang untuk melangkah ke arena politik selepas kerjayanya yang cemerlang dalam sukan itu berakhir.

Abang merangkap ejen Ronaldinho, Roberto Assis, mengesahkan laporan pemain berusia 37 tahun itu ditawar untuk menjadi calon bagi kerusi senat Brazil daripada parti konservatif Patriota pada pilihan raya persekutuan tahun depan.

“Parti itu menghubungi kami untuk berbincang tentang pencalonan beliau,” kata Assis.

“Mereka sedia membuka pintu jika beliau berhasrat untuk memilih laluan tersebut. Ini bukan kali pertama sebuah parti politik menghubungi kami. Perkara sama turut dilakukan oleh parti Romario (Parti Sosialis Brazil).”

Ronaldinho perlu membuat keputusan sebelum April, tarikh akhir untuk calon mendaftar dengan suruhanjaya pilihan raya Brazil.

Meskipun tidak lagi bermain secara kompetitif selepas meninggalkan Fluminense pada September 2015, Ronaldinho belum mengumumkan persaraannya secara rasmi.

Dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, bekas bintang Barcelona itu mengambil bahagian dalam beberapa perlawanan persahabatan di seluruh dunia, termasuk membuat penampilan dalam pasukan kelab legenda Sepanyol tersebut.

Ronaldinho 2 kali diundi sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA serta merupakan sebahagian daripada pemain pasukan Brazil ketika negara itu memenangi Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Ronaldinho mungkin sertai politik

Related Posts :

0 Response to "Ronaldinho mungkin sertai politik"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect