Rakaman itu telah dimuat naik di media sosial Snapchat dan dikatakan tidak berhati perut sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Menurut laporan Dailymail, remaja berusia 16 tahun itu dikenali sebagai Charlie, dipercayai mengangkat kucing itu dengan kedua-dua tangan kemudian melemparkannya ke udara sebelum haiwan itu jatuh ke tanah.Kenyataan pasukan polis Ontaria menerusi laman Twitter mereka pula berkata, kucing itu mengalami kecederaan di bahagian kaki dan akan menyiasat perbuatan kejam tersebut.
Susulan kejadian tersebut, pihak polis masih lagi menyiasat kes itu dan enggan mendedahkan nama sebenar pelaku kerana beliau merupakan penjenayah bawah umur.
Pada masa sama, pemilik kucing, Parla dan ibunya enggan menonton video kejam tersebut.
Beliau mahu penganiaya tahu bahawa dia mencederakan mangsa yang tidak dapat pertahankan diri sendiri.
Sumber Remaja kejam lempar kucing
0 Response to "Remaja kejam lempar kucing"
Post a Comment