SHAH ALAM: Polis mengesahkan penganjur acara Klang City International Marathon 2017, Ahad lalu, tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata ia hasil siasatan pihaknya terhadap penganjur, Earth Runners Int Group Sdn Bhd, susulan laporan yang dibuat oleh Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada hari sama acara itu berlangsung.
Menurutnya, lelaki berkenaan dalam laporan tersebut memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh PJS mengenai satu kemalangan melibatkan tiga peserta acara larian di Batu 2, Jalan Kapar-Klang, pada jam 4.30 pagi.
"Susulan laporan itu, semakan mendapati acara yang dianjurkan oleh syarikat berkenaan, tiada dan gagal memohon lesen daripada Pesuruhjaya Sukan untuk menganjurkan kejohanan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah mengawal, bukan menghukum
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Pembangunan Sukan 1997.
Acara marathon itu bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Pandamaran Klang.
Dalam kejadian itu, Evelyn Ang Gek Suan, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang, manakala dua lagi pelari, Ahmad Hadafi Jus, 44, dan Amiruddin Hamid, 37, hanya cedera ringan di bahagian kaki selepas dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.
-- BERNAMA
Sumber
Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton
Related Posts :
Dr Soo Wincci, Miss World Malaysia pertama berjaya dapatkan PhD
Aktres Dr Soo Wincci, 31, berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Miss World Malaysia pertama menamatkan pengajian … Read More...
Baru lepas harungi kebakaran, kini pesakit HSA terpaksa dipindahkan kerana banjirAir bah dan banjir kilat sekitar kawasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru menambah kesulitan, memaksa pesakitnya dipindahkan ke… Read More...
“Kami diselar kerana keluar Dewan tapi hari ni Menteri Kewangan pun tak dengar hujah kami, Najib pi mana?” – Wan Azizah“Kami diselar keluar Dewan Rakyat tetapi hari ini, Menteri Kewangan tidak hadir pun dengar hujah balas kami.”
Demikian luahan rasa hati Ketu… Read More...
Banding dana Hospital dengan peruntukan padang JDT yang berjuta, ini jawapan sentap Tunku Temenggong JohorMycybersale Malaysian Biggerst Online Sale 20-30/09/2016
3 gambar bogel Atikah Suhaime
Tudung raya untuk sicomel.
Tudung Premium dari RM33.0… Read More...
Gadis dirogol ketika balik kerja, hanya sedar diri hamil ketika kandungan 25 minggu
Zaman sekarang, anak gadis zaman perlu berdikari dan keluar rumah untuk mencari rezeki atau menuntut ilmu. Perkara itu tidak salah. Yang me… Read More...
0 Response to "Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton"
Post a Comment