Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Putera Salman menyambut mesra ketibaan Najib di Istana Ghudaibiya di mana Perdana Menteri diberi sambutan rasmi negara, dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Najib juga memeriksa perbarisan kehormat sempena upacara itu.Putera Salman kemudian meraikan Najib dan anggota delegasi beliau pada majlis jamuan tengah hari.
Terdahulu, Najib menghadiri taklimat tentang pembangunan ekonomi negara Teluk Arab ini di pejabat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain.
Pada majlis itu, ketua eksekutif lembaga berkenaan, Khalid Al Rumaihi memberi taklimat tentang rancangan Bahrain untuk menarik pelaburan dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang kondusif, termasuk ekonomi digital.
Taklimat itu turut dihadiri Hishammuddin. -- BERNAMA
Sumber PM Najib menghadap Putera Mahkota Bahrain
0 Response to "PM Najib menghadap Putera Mahkota Bahrain"
Post a Comment