Terharu dengan sokongan peminat untuk terus menyanyi. (Pic: Aishah Aziz)
Lagu "That’s Why You Go Away" nyanyian asal Michael Learns to Rock menjadi alunan terakhir Aqasha yang tersingkir dalam persaingan Gegar Vaganza 4 (GV4) pada Ahad lalu.
Aqasha tersingkir selepas mendapat markah terendah pada konsert minggu ke enam di peringkat suku akhir.
"Saya terima keputusan ini dan saya percaya rezeki saya setakat ini sahaja.
"Terima kasih terutamanya buat peminat yang banyak menyokong dan isteri saya yang sentiasa berada di sisi," katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Aqasha berkata apa yang lebih utama dia berjanji akan terus aktif sebagai penyanyi setelah melihat sendiri kelompok peminatnya yang tidak jemu memberikan sokongan.
Katanya, dia sendiri tidak menyangka mempunyai bilangan peminat yang ramai malah katanya dia tidak pernah mempunyai kelab peminat meskipun sudah bergelar artis sejak 17 tahun lalu.
“Jujurnya saya tidak pernah ada kelab peminat meskipun bergelar penyanyi dan pelakon hampir dua dekad,” katanya tertawa.
Ditanya mengenai kritikan sesetengah netizen yang berpendapat dia patut disingkirkan lebih awal dalam pertandingan itu, Aqasha berkata ia bukan dalam bidang kuasa dirinya.
Bagi dirinya, pertandingan itu diadili oleh dua juri profesional yang memang mempunyai kredibiliti yang hebat dalam industri muzik serta arif membuat penilaian.
“Kalau ada yang anggap saya tidak layak mungkin mereka lebih arif dari juri profesional. Pada saya, semua ini seperti saya katakan tadi bergantung kepada rezeki,” katanya.
Sempat ditanya siapakah tiga peserta pilihannya yang dirasakan mesti ada di pentas akhir GV4, Aqasaha memilih Aishah, Liza Hanim dan Hazami berdasarkan persembahan konsisten daripada mereka.
“Bagi saya tiga nama yang saya sebutkan berada pada kelas mereka tersendiri dan kaya dengan pengalaman masing-masing,” katanya.
Pada konsert mingguan ke enam GV4, Liza kembali merampas takhta tempat pertama di hadapan Hazami dan Aishah menerusi persembahan mantapnya mendendangkan lagu Warkah Untukku.
Sementara itu, bermula peringkat suku akhir GV4 pihak produksi membuat keputusan untuk menambah seorang lagi juri menjadikan kesemuanya empat orang.
Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal berkata, langkah itu diambil dalam usaha memastikan penjurian dilakukan dengan lebih menyeluruh dan pelbagai.
Mengenai bilangan peserta yang bakal melangkah ke peringkat akhir pada 17 Disember ini di Johor Bharu, dia berkata pihak produksi belum membuat keputusan muktamad.
“Kalau ikut pada musim sebelum ini kita ada enam finalis, tapi tunggu dan lihat mungkin kali ini lima atau masih juga enam orang,” katanya.
Tambah Emarina, siaran langsung peringkat separuh akhir dan akhir GV4 boleh ditonton menggunakan aplikasi Realiti Maya (VR).
Aplikasi itu boleh diguna pakai menerusi siaran di laman http://ift.tt/1QogQ8e.
Sumber Perjalanan Aqasha Terhenti Di Suku Akhir Gegar Vaganza
0 Response to "Perjalanan Aqasha Terhenti Di Suku Akhir Gegar Vaganza"
Post a Comment