BATU GAJAH: Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa termasuk pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Perak, di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Parit semalam.
Perintah reman sehingga 17 Dis itu dikeluarkan Majistret Batu Gajah Mohd Fitri Sadarudin di sini, hari ini.
Pemandu lori berusia 25 dan kelindan 27 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya dan mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Terdahulu, kedua-dua suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu itu tiba di mahkamah pada 9.10 pagi dengan diiringi dua anggota polis.
Semalam, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan hasil ujian urin kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi semalam, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, isterinya Norhaslina Abdul Razak, 27, dan adiknya Nor Azira, 24, maut di tempat kejadian.
Ahmad Nor Al-Zaidin adalah pegawai khas Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin dari arah Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit sebelum terseret sejauh 10 meter dan terhumban ke dalam tali air.
-- BERNAMA
Sumber
Pemandu dan kelindan lori direman bantu siasatan kemalangan maut
Related Posts :
Anggota polis gay bernafsu dengan remaja lelaki dicekup
ANGGOTA polis ditahan petang ini kerana didakwa melakukan sentuhan seksual terhadap remaja lelaki, Isnin lalu.
Suspek yang berpangkat Lans … Read More...
“Ada duit boleh lari, tiada duit tunggu mati saja” – Pelarian Rohingya
“Ada duit boleh lari, tiada duit tunggu mati saja,” demikian kata Saidatul Rahman Norlok, 26, seorang pelarian Rohingya mengenai penderitan… Read More...
Malaysia Sedia Terima Pelarian Rohingya
Malaysia bersedia menerima lebih ramai pelarian Rohingya ke dalam negara susulan keadaan yang semakin meruncing di Myanmar, kata Timbalan M… Read More...
Video: “Saya ditumbuk berulang-kali, lebih 10 kali oleh pemandu teksi di Aeon Bukit Tinggi, Klang”Saya ditumbuk berulang-kali, lebih 10 kali oleh pemandu teksi di Aeon Bukit Tinggi, Klang
………..
Rider request pickup point di Aeon Bukit Tin… Read More...
Gelagat atlet negara selamba bercium dengan awek di airport jadi tumpuan
Satu hakikat yang perlu dilalui oleh setiap ikon masyarakat ialah perhatian umum.
Tidak kira pemimpin, artis, bahkan ahli sukan yang pernah… Read More...
0 Response to "Pemandu dan kelindan lori direman bantu siasatan kemalangan maut"
Post a Comment