PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi

KUALA LUMPUR : Tohmahan pembangkang dengan memburukkan kerajaan tanpa memberikan fakta sahih dilihat hanya usaha mengelirukan rakyat.

Bagaimanapun, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi strategi itu sudah dikira lapuk dan boleh dihidu UMNO.

“Isu yang dibangkitkan sengaja dieksploitasikan pembangkang dengan membuat banyak kenyataan yang disalah anggap dan mengelirukan rakyat,” katanya ketika melawat bilik berita Astro AWANI sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan UMNO Johor sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan persediaan di peringkat akar umbi meskipun pelbagai cabaran dijangka mendepani UMNO di negeri itu.



Sumber PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi

Related Posts :

0 Response to "PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect