Padah ugut Zaid, Jamal ditahan polis dan dibawa ke IPD

Ugut Zaid: Jamal ditahan polis, dibawa ke IPD

Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis berhubung tindakannya terhadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrabim sebentar tadi.

Jamal ditahan selepas ucapan pengulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ekoran penahanan Jamal itu, satu sidang media akan diadakan IPD Dang Wangi jam 9 malam ini.

Semalam Jamal bersama beberapa pengikutnya mengadakan bantahan terhada Zaid dengan simbolik membawa penukul dan memukul replika Zaid gara-gara tindakah ahli politik pembangkang itu mempertikai titah Sultan Selangor.

Gabungan NGO 1Malaysia juga memberi kata akhir kepada pihak berkuasa untuk menangkap Zaid sebelum mereka mengambil langkah sendiri.

“Sudah beberapa hari perkara ini didiamkan. Saya rela korbankan jiwa dan nyawa saya untuk mempertahankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Orang seperti Zaid tidak boleh dibiarkan. Saya beri masa sampai esok sahaja. Kalau masih tidak ada apa-apa tindakan, saya sendiri akan ke rumahnya, tahulah saya nak buat apa dengan orang macam tu” katanya.

Jamal berkata, perkara mempertahankan Sultan adalah tugas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, namun sejak Zaid memuat naik artikel tersebut, beliau hanya mediamkan diri.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Padah ugut Zaid, Jamal ditahan polis dan dibawa ke IPD

Related Posts :

0 Response to "Padah ugut Zaid, Jamal ditahan polis dan dibawa ke IPD"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect