Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

KOTA BHARU: Berikutan cuaca baik, bilangan mangsa banjir Kelantan terus berkurangan kepada 9,043 mangsa ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 11 malam tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 3,644 keluarga itu semakin berkurangan berbanding 9,779 orang petang tadi.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu menyaksikan penurunan, manakala Pasir Puteh masih kekal dengan bilangan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Bukit Awang (24 orang daripada lima keluarga) sejak petang tadi.

Pasir Mas yang mencatat mangsa banjir paling tinggi juga terus menunjukkan trend pengurangan kepada 5,625 mangsa membabitkan 2,429 keluarga ditempatkan di 20 PPS berbanding 6,145 orang pada waktu petang.

Tumpat juga menyaksikan trend penurunan kepada 3,328 daripada 1,200 keluarga di lapan PPS berbanding kepada 3,573 mangsa pada sebelah pag.

Sementara Kota Bharu pula hanya tinggal 37 mangsa daripada 10 keluarga di satu-satunya PPS masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong, Pendek, di sini.

Berdasarkan publicinfobanjir.water.gov.my, daripada keempat-empat daerah yang masih banjir, hanya bacaan stesen Air Mulih, Pasir Mas merekod bacaan tiga milimeter (mm), sementara tempat lain tiada hujan.

Bagaimanapun, sepanjang hari ini, stesen di Batu 13, Jeli mencatat bacaan hujan paling tinggi iaitu 58 mm.

Sementara itu, sukatan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih menunjukkan trend penurunan namun masih di paras bahaya yang masing-masing di paras 10.09 meter dan 3.40 meter.

ANTARA rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Simpangan, Tumpat. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Namun, hanya Sungai Kelantan di Kuala Krai masih berada paras berjaga-jaga, manakala dua sungai iaitu Sungai Kelantan di Kusial dan Sungai Galas di Dabong kembali paras normal.



Sumber Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

Related Posts :

0 Response to "Mangsa banjir di Kelantan berkurangan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect