Mahkamah lepas Cikgu Azizan kes cederakan murid

Mahkamah Majistret Seremban melepaskan tanpa membebaskan Azizan Manap (tengah), guru penolong kanan hal ehwal murid SK Taman Semarak, Nilai, dari tuduhan mencederakan murid, 19 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Rima NilzahMahkamah Majistret Seremban melepaskan tanpa membebaskan Azizan Manap (tengah), guru penolong kanan hal ehwal murid SK Taman Semarak, Nilai, dari tuduhan mencederakan murid, 19 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Rima NilzahSEREMBAN, 19 Dis — Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap atau Cikgu Azizan atas pertuduhan mencederakan muridnya Oktober lalu.

Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas timbalan pendakwa raya Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan kes itu.

Cikgu Azizan, 44, yang merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid di Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, dekat sini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Cikgu Azizan yang memakai baju kemeja lengan panjang warna biru, kelihatan sebak sebaik keputusan dibacakan Majistret Mohd Zaki.

Peguam tertuduh, Francis Pereira, ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata Cikgu Azizan dilepaskan kerana pihak pendakwaan memberitahu mahkamah hari ini bahawa berdasarkan perkembangan terbaru, keputusan telah dibuat oleh AGC menarik balik kes ini.

“Berdasarkan kes itu, Majistret yang bersidang  telah membebaskan Cikgu Azizan,” katanya.

Beliau berkata keputusan untuk mendakwa atau keputusan untuk menarik balik sebarang pertuduhan adalah prerogatif AGC.

Pereira berkata sekiranya ibu bapa pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, mereka perlu membuat tindakan lain.

“Ini bukan kes sivil, ini kes berunsur jenayah jadi semua prerogatif adalah kepada peguam negara dan ia adalah hak peguam negara untuk menarik balik,” katanya.

Sementara itu, Cikgu Azizan yang ditemui pemberita mengucapkan rasa bersyukurnya atas keputusan yang diputuskan mahkamah.

“Tak terkata, saya bersyukur, saya hargai dari lubuk hati saya, saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya para guru dan NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia).

“Saya berterima kasih kepada semua yang hadir, yang di rumah, kepada yang mendoakan saya, dari Makkah pun ada. Saya hargai semua sokongan yang diberikan,” katanya.

Cikgu Azizan turut berkata beliau memaafkan ibu bapa dan pelajar tersebut.

Untuk anak murid saya pula, saya doakan dia berjaya suatu hari nanti dan menjadi anak yang baik,” katanya.

Dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini, Oktober lalu, dan hari ini sepatutnya menjadi hari pertama perbicaraan. — Bernama



Sumber Mahkamah lepas Cikgu Azizan kes cederakan murid

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah lepas Cikgu Azizan kes cederakan murid"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect