Sejak beberapa minggu ini YB selalu dapat komen dari kawan-kawan yang datang ke 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry. Macam-macam, ikhlas, tak semenggah semua ada.
Ada beberapa isu yang YB rasa perlu dijawab di sini memandangkan ia agak besar. Antaranya ialah:
1. Hampir semua kedai makan di Cameron Highland mempunyai masalah service yang lambat. Ia adalah kerana masalah kekurangan kakitangan. Sama sahaja di restoran mana pun di sini, memang itulah masalah paling besar, tak ada orang nak kerja. Puas dibuat iklan dengan beberapa skim yang bagus, namun sama sahaja taka da orang mahu.
Ini team Abang Strawberry sekarang. Mana cukup tangan. Semuanya orang luar Cameron Highland yang bekerja sini
2. Bayanglah jika waktu cuti sekolah, kakitangan yang sama handle order. Hantar ambil pesanan, kemas meja dan semua-semua.
Mesti kau orang suruh kami tambah kakitangan, kan?
3. Bukan kami tak cuba nak tambah, namun tiada siapa yang nak kerja dan tinggal di Cameron Highland. Baik anak muda yang jiwa muda atau orang yang dah kahwin. Ini kerana tiada nilai kehidupan yang besar di sini. Hanya kebun, ladang dan kampung.
4. Semuanya apabila diberitahu masa interview telah diterima masuk dan sila daftar kerja esok. Esok terus dia dah dapat kerja lain. Atau dia beri alasan lain.
10 orang interview, lepas itu haram tak datang dah. Dah buat apa datang interview?
5. Yela, Cameron Highland memang tak ada apa sangat pun. Tak menarik minat orang luar untuk kerja dekat sini. Kemudahan pun terhad. Siapa yang sanggup nak habiskan hidup dekat sini. Tambah untuk kerja memasak atau kemas meja dengan gaji RM1,500. Takkan nak bayar gaji sorang RM5,000 pula.
6. Bisnes di sini pula hanya terjadi pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Hari lain tak ada orang. Habis takkan nak gajikan orang 3 hari seminggu sahaja?
Ambil lah part time?
Ya YB ambil dan kebanyakkan part time mesti lah memang asli duduk dekat sini. Nama pun part time jadi komitmen dia terhadap bisnes pun part time dan knowledge pun tak berapa tahu. Jadi potensi untuk berlaku bad service tu memang tinggi.
Lagi sedih masa cuti tu kadang dia pun nak cuti. Haha kau bayanglah betapa geramnya kami.
7. Disebabkan bisnes hanya terjadi pada waktu cuti. Maka setiap kali cuti tu mesti jadi lambakkan pelanggan yang datang berduyun-duyun. Oleh itu akan timbul masalah kualiti pula.
8. Pernah terjadi paling tinggi satu hari ada 1,600 order. Akan ada 10% nasib tak baik. Kiralah sendiri, 10% = 160 order akan problem. Kita pun tahu kalau bab negatif ni memang senang tersebar. Naiya.
9. Semua berkait. Staff tak cukup, ambil part time, akan ada masalah kualiti pula.
10. Masalah parking akan jadi isu semulajadi. Boring juga nak sembang, namun inilah Cameron Highland. Asal waktu cuti, semua seMalaysia akan turun ke sini. Dan mereka parking suka hati emak bapa dia punya jalan.
11. Takkan kau nak marahkan kerajaan juga bab parking? Asasnya kena rajin berjalan dan parking jauh sedikit. Kata bercuti. Pleaselah.
12. Bab harga mahal. Mulalah up di media sosial, Cameron je pun, namun harga mahal. Habis kah fikir semua logistik dari bandar terdekat itu percuma? Dah kau datang bercuti, kenalah bayar sedikit mahal berbanding harga nasi lemak di simpang rumah kau.
13. Rate harga makan di sini boleh jadi setanding dengan Kuala Lumpur. Jika kau nak tahu, harga hartanah pun mahal.
14. YB jual nasi lemak antara yang termurah berbanding Cafe lain. Cafe okeh bukan warung atau kedai biasa. Yela, kita kena la compare apple to apple. Baru adil kawan-kawan sekalian.
Dengan konsep yang macam tu. Kita tengok pun bukan sikit punya investment tu. Makan masa dan makan hati juga.
15. Rate gaji dekat sini pun sama macam rate gaji dekat Kuala Lumpur. Jadi pelanggan yang datang dari tempat selain bandar besar mungkin akan terasa dengan harga tersebut. Ya ampun ye semua.
16. Kedai YB kecil je. Boleh simpan stok untuk beberapa hari sahaja. Nak besarkan kedai mesti la YB tak mampu. Kena keluar duit lagi. Tambah memang dah tak ada tempat kosong lagi kawasan kedai tu.
Pernah ada beberapa kali driver perlu ke Kuala Lumpur semata-mata nak beli ayam disebabkan di Ipoh pun sudah habis.
Kalau kau orang betul komen membangun. Tolong la YB sama dapatkan supplier murah, dekat, sentiasa ada stok dan paling penting senang nak deal la.
17. Pelanggan pun tolonglah beri kerjasama juga. Kalau dah tahu ayam tak sedap. Air tak cukup rasa. Nasi tak ada strawberry ke apa semua.
Mohon Terus ambil langkah bijak pergi ke kaunter. Mintalah yang baru. Insya Allah kami akan terus tukar. Yela, manusia biasa + tak well train + order 1600 sehari. Mesti la akan ada yang terlepas pandang.
Ini tidak. Sibuk nak viralkan. Komen sana sini. Maki hamun siap. Ini tak menyelesaikan masalah pun. Lepas paling pedih bila cakap “ini la kedai melayu, orang nak support melayu tapi service taik dan bla bla bla bla”
Ye customer is always right namun tak bermaksud kau orang bebas bersuara sampai macam itu sekali. Nampak sangat tak ikhlas pun kata nak tolong kedai melayu apa semua. Terus ke kaunterkan senang.
18. Langkah lebih bijak untuk menjaga kelebihan yang ada pada Cameron Highland ialah kerajaan wujudkan lebih 1000 peluang pekerjaan. Mungkin wujudkan shopping mall, perindustrian, premium outlet dan yang sama waktu dengannya.
19. Tambah lagi banyakkan kemudahan awam supaya boleh mengurangkan kesesakkan lalu lintas di Cameron Highland. Besarkan lagi jalan
20. Mungkin perlu ada cable car, tram, train untuk kurangkan kereta masuk dalam pusat bandar pada hari hujung minggu sahaja.
Di kesempatan ini juga, YB ingin memohon maaf pada kawan semua yang dapat Bad Service dari kedai YB.
Tolong viralkan supaya semua orang tahu dan semua orang baca yang YB dah minta maaf.
Please.
YB Soleh
Pemilik
Sumber Luahan Hati Peniaga Cameron Highland Ini Wajar Dibaca Oleh Semua Rakyat!
0 Response to "Luahan Hati Peniaga Cameron Highland Ini Wajar Dibaca Oleh Semua Rakyat!"
Post a Comment