Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Razak antara pemimpin Umno yang menyokong kelab bola sepak Inggeris Manchester United. ― Foto ihsan Twitter/Najib RazakKUALA LUMPUR, 9 Dis ― Dalam tradisi Liga Perdana Inggeris, dua kelab gergasi Liverpool dan Manchester United saling bermusuhan.
Namun, dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini, kedua-dua pasukan itu ‘bersatu’ apabila Puteri Umno mencadangkan moto Liverpool “You’ll Never Walk Alone” digunakan Umno, Utusan Online.
Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertujuan membakar semangat juang ahli tetapi ketua Pemuda Khairy Jamaluddin memberi reaksi berbeza, lapor Berita Harian.
Khairy berkata beliau dan Datuk Seri Najib Razak “alah” dengan slogan itu memandangkan mereka berdua penyokong tegar pasukan “The Red Devil”.
“Saya dan Presiden agak elergik (dengan moto tersebut) kerana kami penyokong tegar United,” katanya.
“Tapi pada masa sama kami tidak boleh patahkan semangat ketua Puteri supaya gunakan moto ‘The Reds’ untuk perjuangan Umno.
“Hari ini, saya bersetujulah sebab definisinya turut membawa maksud kita akan kekal bersatu (united).”
Lapor Berita Harian, Mas Ermieyati berikrar tidak akan membiarkan Najib bersendirian dengan berkata: “Buat YAB Presiden, ketahuilah “You’ll Never Walk Alone” (YNWA) (Presiden tidak akan sendirian).”
Sumber Liverpool, Manchester United ‘bersatu’ dalam sidang Umno
0 Response to "Liverpool, Manchester United ‘bersatu’ dalam sidang Umno"
Post a Comment