Tony berkata AirAsia akan lebih menumpukan kepada khidmat pelanggan dan tenaga jualan pada 2018. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 17 Dis — Bos syarikat penerbangan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengakui beliau kini lebih fokus selepas berkahwin dua bulan lalu.
“Saya kini lebih fokus dan tentunya ia membuatkan kakitangan saya lebih tertekan dengan tugasan yang lebih banyak diberikan,” kata beliau.
“Fokus adalah perkara penting dalam kehidupan saya. Saya sememangnya gemar melakukan kerja bersama-sama rakan,” katanya lagi, lapor mStar Online.
Beliau ditemubual eksklusif oleh Sunday Star mengenai kehidupannya selepas bergelar suami, kepada gadis Korea bernama Chloe, di pejabatnya baru-baru ini.
Tony mengahwini teman wanitanya 20-an, yang memiliki personaliti menarik, di Cote d’Azur, Perancis, selepas bercinta lebih dua tahun.
Berkongsi cerita bagaimana beliau melamar isterinya di sebuah restoran di Paris, Tony berkata ia tidak dilakukan dengan cara melutut di depannya.
“Tidak, kerana saya terlalu tua. Malah lutut saya juga sakit,” kata Tony. Lamaran dibuat di restoran itu, lokasi kali pertama mereka bertemu.
Dengan nada berseloroh, Tony berkata sewaktu pertama kali bertemu Chloe, beliau melakukan “sesuatu yang tidak pernah beliau fikir”.
“Sudah tentu, ia dilakukan dengan sedikit gaya di mana saya diketawakan oleh orang lain,” katanya, yang enggan mengulas lanjut mengenainya.
Ditanya prospek utama syarikat penerbangan itu pada 2018, Tony berkata pihaknya lebih menumpukan kepada khidmat pelanggan dan tenaga jualan.
“Saya mahu menggembirakan pelanggan kami. Saya fikir kami boleh jadi lebih bagus berbanding sekarang. Saya fikir kami perlu bertanya kepada diri sendiri, apa kelemahan kami.
“Saya mahu mendapat maklum balas pantas daripada pelanggan supaya mereka boleh mendapatkan bayaran balik atau bertanya soalan dengan cepat,” katanya.
Sumber Lepas kahwin lebih fokus, staf pasti tertekan, kata bos AirAsia
0 Response to "Lepas kahwin lebih fokus, staf pasti tertekan, kata bos AirAsia"
Post a Comment