Menurut laporan The Age, Manodh Marks, 25 tahun, mengaku mengancam kru bertugas untuk meletupkan pesawat jika permintaannya untuk masuk ke dalam kokpit tidak dipenuhi.
BACA: Pesawat MH128 patah balik ke Melbourne selepas penumpang cuba masuk kokpit
Marks juga didakwa menyerang seorang pramugari sebelum mengarahkan pesawat MH128 yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu berpatah balik sejurus berlepas.Namun, tindakan berani penumpang dan kru pesawat berjaya merebahkan Marks dan keadaan terkawal sehinggalah pesawat yang membawa 337 penumpang dan kru itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Tullamarine.
BACA: Penumpang MH128 puji kru kabin kendalikan detik cemas
The Age dalam pada itu melaporkan Marks bersetuju dengan tawaran pihak pendakwa untuk mengaku salah terhadap satu pertuduhan mengambil alih kawalan pesawat.
Dia berdepan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.
BACA: Cubaan ugut letupkan pesawat: Suspek kes MH128 bimbang keselamatannya dalam tahanan
Marks dilapor baru saja keluar dari hospital psikiatri sebelum menaiki pesawat itu pada hari kejadian.
Sumber Lelaki warga Sri Lanka mengaku salah cubaan ambil alih kawalan pesawat MH128
0 Response to "Lelaki warga Sri Lanka mengaku salah cubaan ambil alih kawalan pesawat MH128"
Post a Comment