Lagi murah banding pasar raya, seragam sekolah dijual RM5

Seorang peniaga mengadakan jualan semurah RM5 untuk seragam sekolah kanak-kanak di Karnival Kesihatan Ampangan, 23 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/Wilayah KitaSeorang peniaga mengadakan jualan semurah RM5 untuk seragam sekolah kanak-kanak di Karnival Kesihatan Ampangan, 23 Disember 2017. ― Foto ihsan Facebook/Wilayah KitaSEREMBAN, 23 Dis ― Seorang peniaga gembira menjual seragam sekolah pada harga RM5, jauh lebih murah berbanding pasar raya.

Mohd Faezli Khusssin menjual semurah itu kerana mengambil baju, seluar, kain, samping dan tudung dari pembekal  secara pukal di Tangkak, Johor, lapor Berita Harian.

Menggunakan lori, beliau yang berniaga  di Muar, Gemas dan Bahau, menjual antara 4,000 sehingga 8,000 pakaian, dan 15,000 helai di Karnival Kesihatan Ampangan di sini, tempat terakhir.

“Walaupun keuntungan tidak seberapa, tetapi saya gembira kerana dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Seorang pelanggan Siti Rozila Romly, 30 tahun, mengakui berbelanja RM150 sahaja untuk seragam anak, berbanding RM300 sebelum ini. 



Sumber Lagi murah banding pasar raya, seragam sekolah dijual RM5

Related Posts :

0 Response to "Lagi murah banding pasar raya, seragam sekolah dijual RM5"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect