Kontraktor derita lumpuh selepas rempuh babi

Seorang kontraktor pendawaian elektrik lumpuh selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh babi ketika menuju ke pekan Kuala Kurau, 29 Oktober 2017. — Foto ihsan Facebook/Henna RaniSeorang kontraktor pendawaian elektrik lumpuh selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh babi ketika menuju ke pekan Kuala Kurau, 29 Oktober 2017. — Foto ihsan Facebook/Henna Rani

KUALA KURAU, 19 Dis — Seorang kontraktor pendawaian elektrik menderita lumpuh seluruh badan selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh seekor babi.

Terpaksa menggunakan lampin pakai buang, Amirul Asraf Mohd Ismail, 31, hanya minum susu khas yang disalur melalui tiub ke perut yang ditebuk, lapor Sinar Harian.

Ibunya Maznah Mohamad, 53, berkata anak kedua daripada tujuh beradik itu koma seminggu di ICU Hospital Taiping sebelum dipindah ke wad lain selama 16 hari. 

“Setelah dirawat selama 23 hari di Hospital Taiping, sebahagian tempurung kepala bahagian kanan Amirul Asraf turut dipotong sebelum disimpan di dalam perut bahagian kiri bagi mengeluarkan darah beku di dalam kepalanya,” katanya.

Tidak bekerja kerana menjaga Amirul, beliau buntu memikirkan kos rawatan kerana suaminya Mohd Ismail Sulaiman hanya pekerja ladang sawit dengan upah kurang RM1,000 sebulan.

Maznah berharap ada pihak sudi meringankan beban mereka dengan menyalurkan bantuan atau menghubunginya melalui talian 011-36441702.

Amirul dari Kampung Batu 14 di sini, keluar rumah menaiki motosikal ke pekan Kuala Kurau untuk bertemu rakannya ketika nahas jam 8.15 malam pada 29 Oktober lalu.



Sumber Kontraktor derita lumpuh selepas rempuh babi

Related Posts :

0 Response to "Kontraktor derita lumpuh selepas rempuh babi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect