Kementerian Kesihatan memberi amaran, mana-mana pihak yang menjual air Zam Zam di negara ini, boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hukuman maksimum itu adalah mengikut Akta Makanan 1983.
Beliau berkata, penjualan air Zam Zam adalah dilarang di Malaysia, selaras larangan oleh kerajaan Arab Saudi terhadap tindakan itu.
Katanya, Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air berkenaan secara percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti terhad ketika berlepas pulang dari Arab Saudi.
Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap penjualan air berkenaan.
“Mengikut Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, air Zam Zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan pengimportannya memerlukan lesen punca air, kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi negara pengeksport.
“Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air Zam Zam berdasarkan Seksyen 4(1)(f), Akta Makanan 1983,
“Jika sabit kesalahan, penjual air Zam Zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, hasil operasi penguatkuasaan sejak tahun 2012 sehingga 31 Oktober 2017 di seluruh negara, sejumlah air Zam Zam bernilai RM58,191.80 dirampas.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersetuju tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air Zam Zam adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
“Justeru itu, kementerian akan meningkatkan operasi penguatkuasaan penjualan air Zam Zam.” katanya.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan dan mkalumat berhubung keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://ift.tt/1vVF64U.
Sumber: BH Online
Sumber KKM beri amaran, mana-mana pihak jual air zam zam akan dipenjara 2 tahun
0 Response to "KKM beri amaran, mana-mana pihak jual air zam zam akan dipenjara 2 tahun"
Post a Comment