SHAH ALAM: Ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, kekal dalam dilema untuk mengumumkan senarai akhir pemain yang akan menjalani kem latihan di Mokpo, Korea Selatan hujung minggu ini.
Ia susulan keperluan menganalisis perlawanan persahabatan pasukannya menentang Melaka yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam, petang Khamis.
Pendekatan berbeza diambil Kim Swee dalam separuh masa pertama dan kedua untuk mencongak kesebelasan terbaik.
"Saya masih lagi perlu berbincang dan mengenal pasti siapa calon yang akan digugurkan dengan teliti.
"Kami mempunyai banyak perlawanan di Korea Selatan mahupun di China, yang mana saya masih lagi mahu melihat beberapa kombinasi, terutama di bahagian tengah dan pertahanan," ujarnya selepas perlawanan itu.
Dalam aksi persahabatan Sabtu lalu, mereka melakar kemenangan besar 8-2 berdepan PJ Rangers.
Skuad muda negara itu akan terbang ke Korea Selatan, Ahad ini, untuk menentang beberapa pasukan universiti sepanjang berada di sana selama 14 hari.
Mereka kemudian akan terus ke Nanjing, China bagi kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sehingga 6 Januari depan, dengan satu perlawanan persahabatan antarabangsa diatur pada 5 Januari.
Selepas itu, skuad negara akan tiba di Changshu, China pada 6 Januari untuk menghadapi pusingan akhir Kejohanan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018, bermula 10 Januari depan.
Skuad negara akan mengharungi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.
Sumber
Kim Swee dalam dilema tentukan senarai akhir pemain
Related Posts :
Subhanallah! London Tutup Hampir 500 Buah Gereja, Buka 423 Masjid Baru
“London lebih Islam daripada banyak negara muslim yang disatukan,” kata Maulana Syed Raza Rizvi, salah seorang pendakwah Islam yang kini … Read More...
Cinta sampai syurga.. Biarlah Tak Sempurna Macam Dulu, Tapi Umi Akan Sempurnakan Hidup Abi.. Tabahnya Hati Isteri Ini! Respect Sangat Kat Sis...
Cinta sampai syurga.. Biarlah Tak Sempurna Macam Dulu, Tapi Umi Akan Sempurnakan Hidup Abi.. Tabahnya Hati Isteri Ini! Cinta sampai syurg… Read More...
Inai Masih Segar DiJari, Pasangan Merpati Dua Sejoli Ini Ditakdirkan ‘Pergi’ Bersama...
Ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT. Sekuat mana manusia membuat perancangan namun takdir Allah tiada siapa dapat menghalangnya.
Terny… Read More...
‘Astagfirullah hal a’dzim, boleh pecah kalau buat macam tu” – Netizen kesal staff KLIA lempar kotak air zam-zam milik jemaah umrah
Sebelum ini, pelbagai rungutan dan aduan yang telah diajukan oleh netizen mengenai kes seumpama ini. Setelah tular, kes seperti ini diamb… Read More...
Hanyalah Disebabkan Suruh Kemas Rumah, Remaja Ini Sentap Dan Bertindak Lari Dari Rumah
Alahaii kau ni dikk. Dek kerana ditegur supaya mengemas rumah dalam nada suara yang tinggi, seorang remaja dipercayai merajuk dan nekad m… Read More...
0 Response to "Kim Swee dalam dilema tentukan senarai akhir pemain"
Post a Comment