PAPAR: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dalam proses permohonan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan yang dikenal pasti sesuai untuk penanaman kelapa sawit.
Pengerusinya, Datuk Abdul Rahim Ismail, berkata ini berikutan simpanan tanah milik LKTNS sekarang berkeluasan kira-kira 30,000 hektar, tidak mencukupi bagi menampung penanaman sawit, seterusnya mengagihkan dividen kepada peneroka.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, berkata pihaknya sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk penanaman dan akuakultur yang boleh diusahakan peneroka.
"Usaha penambahan simpanan tanah ini fokus utama bagi perancangan jangka panjang LKTNS kerana simpanan tanah yang sedia ada tidak mencukupi untuk menambah nilai dividen kepada peneroka, selain kita mahu mengelak tanah terbiar.
''Di pedalaman, ada kawasan yang dikenal pasti untuk penanaman getah, akuakultur serta kelapa sawit dan kita akan membantu, agar program terbabit yang dijalankan kerajaan berjalan lancar sekali gus membolehkan peneroka memperoleh pendapatan stabil.
''LKTNS sudah melaksanakan sembilan projek MESEJ di seluruh negeri dan semuanya mendapat sokongan daripada peserta dan serta kerajaan negeri,'' katanya selepas menyempurnakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Papar di Dewan Masyarakat Papar, di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata, LKTNS dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam usaha menyediakan bekalan elektrik di luar bandar di Sabah melalui penggunaan teknologi hijau dari dua kilang pemprosesan kelapa sawit di Keningau.
''Dua kawasan kilang itu di Sinua, Sook dan Lumiri dengan kita akan menggunakan biogas sebagai sumber elektrik untuk disalurkan kepada penduduk luar bandar," katanya.
Sumber Kenal pasti tanah kelapa sawit
0 Response to "Kenal pasti tanah kelapa sawit"
Post a Comment