Kedukaan Hari Natal Datuk Hans Isaac

Kedukaan Hari Natal Datuk Hans Isaac

Sepatutnya meraikan hari Natal ini bersama bakal isteri. (Pic: Instagram @hansisaac)

Perayaan Hari Natal yang bakal disambut Isnin ini menerbitkan rasa sedih dan duka dalam diri penerbit filem dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac.

Kata Hans, sepatutnya perayaan yang penuh betmakna buat penganut agama Kristian itu diraikan berdua dengan bakal isteri namun disebabkan tiada jodoh dan tali pertunangan dengan bekas Ratu Cantik, Gabriella Robinson semua itu kini hanya tinggal kenangan.

Hanya ada keluarga dan rakan-rakan.

“Sangka saya perayaan Krismas tahun ini lebih istimewa apabila dapt meraikannya dengan tunang tersayang namun apa yang berlaku adalah sebakiknya.

"Memang sedih kalau dikenangkan tetapi nak buat macam mana, saya kena terima ketentuan takdir. Mujurlah saya masih ada keluarga dan rakan-rakan yang memahami perasaan ini," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Tambah aktor tinggi lampai ini, situasi itu menambahkan lagi lara dijiwanya selepas pemergian ibu tersayang lima tahun lalu.

Meraikan bersama keluarga adik dan abang.

"Selepas ketiadaan emak sejak lima tahun lalu, Krismas saya bermula di rumah adik kerana pada malam menjelang Krismas, dia ada buat makan-makan.

“Keesokkan harinya pula, giliran abang saya pula buat jamuan dan di sebelah malam, barulah saya mengajak keluarga untuk makan malam di restoran,”kata pelakon Buli dan Baik Punya Cilok ini.

Mengenai persiapan yang dilakukan, Hans berkata walaupun sibuk dia tetap mencuri masa untuk membeli hadiah untuk keluarga tercinta.

ketepikan soal jodoh.

"Semalam saya ada mesyuarat tapi sempat jugalah saya lari sekejap dan ambil masa selama dua jam untuk pergi membeli-belah.

Gembira dan puas hati apabila dapat beri hadiah seperti yang mereka pinta," katanya dalam nada teruja.

Ditanya apakah dia akan mencari pengganti untuk mengubat kelukaannya itu, Hans berkata tumpuannya kini hanyalah untuk kerjaya dan soal jodoh akan diketepikan buat seketika.

“Hanya keluarga dan kawan-kawan sahaja yang tahu betapa patahnya hati saya selepas kejadian itu berlaku. Memang sukar untuk menerima hakikat itu tetapi saya kena teruskan juga kehidupan. Disebabkan itu saya lebih suka pergi bercuti ke luar negara.

Bercuti ke luar negara.

“Kalau boleh saya memang tak mahu jumpa sesiapa dan saya tak nak berada di Kuala Lumpur. Pintu hati saya sudah tertutup buat masa ini untuk mencari pengganti,” luahnya.

Jika tiada aral melintang, pemilik nama Gerald Hans Isaac ini akan terbang ke kota London, April tahun depan untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang teater.

Mahu ambil kursus teater di London.

“Selama ini saya asyik fikir pasal orang. Lakukan semua benda hanya untuk memuaskan hati orang lain dan bukannya untuk kepuasan diri. Saya sudah penat nak buat orang lain gembira dan selepas ini, saya nak ke London untuk mengikuti kursus jangka pendek teater di sana.

“Saya mempunyai cita-cita untuk mementaskan teater tempatan di panggung berprestij, West End. Mungkin dnegan mengikuti kursus ini saya mampu memberi anjakan paradigma kepada pementasan teater tempatan sekali gus merealisasikan hajat saya itu,”ujarnya.



Sumber Kedukaan Hari Natal Datuk Hans Isaac

Related Posts :

0 Response to "Kedukaan Hari Natal Datuk Hans Isaac"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect