Restoran Warisan Corner 'Jom Lepak' menjadi tumpuan ramai. — Foto ihsan Facebook/Zahraziq Char Kuey TeowSHAH ALAM, 13 Dis ― Jika ingin merasai tomyam susu, anda boleh berkunjung ke restoran Warisan Corner “Jom Lepak” di Bandar Botanic, Klang.
Dikelilingi tasik dan taman, restoran milik Mohd Hedrhin Ramli menghidangkan hampir 50 jenis makanan dan 20 jenis minuman, lapor Sinar Harian.
Hidangan yang sering mendapat sambutan ramai pelanggan termasuk mi bandung tulang dan set kambing bakar.
“Tomyam di sini bukan tomyam biasa, ia dicampurkan dengan susu dan rasanya memang berbeza. Kena rasa dulu baru tahu,” kata bekas pramugara MAS itu.
Mi Bandung Tulang pula, resipi keluarga, dibuat menggunakan daging tulang yang empuk dan kuah yang likat menggunakan ramuan khas.
“Mereka yang tidak gemarkan mi boleh cuba dan saya yakin anda pasti akan jatuh hati dengan mi bandung tulang ini yang dijual pada harga RM10 semangkuk,” katanya.
Mi bandung tulang menggunakan daging tulang dan kuahnya likat. — Foto ihsan Facebook/Hedrhin RamliSelain itu, ada makanan tradisional ringan termasuk lempeng pisang, cucur udang, cucur ikan bilis, ubi goreng diminum bersama kopi atau teh o panas.
“Kesemua harga makanan di sini adalah berbaloi dengan rasa dan kuantiti yang mana harga makanan bermula pada harga RM1 hingga RM11,” katanya.
Ada pelbagai makanan tradisional. Nasi lemak juga hanya RM1. — Foto ihsan Facebook/Siti Shahfiyah MazlanSebungkus nasi lemak berharga RM1. Restoran, yang beroperasi tahun lalu, menyediakan layar besar bagi kaki bola yang dipasang di perkarangan kedai.
Restoran dekat pejabat pos Botanic, dibuka setiap hari bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Sumber Kecur mi bandung tulang dengan kuah likat?
0 Response to "Kecur mi bandung tulang dengan kuah likat?"
Post a Comment