Kaedah hukum murid: NUTP rayu kementerian keluar surat pekeliling baharu

Para guru mahu surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan agar sesuai dengan cabaran mendidik masa kini dan surat lantikan khas guru disiplin.

Harry-Tan-hukumKUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar agar ia bersesuaian dengan cabaran guru mendidik masa kini.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarkan bagi memberi maklum kepada guru mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-peraturan Pelajaran seperti berkeliaran dan bising di dalam kelas.

“Surat pekeliling itu kali terakhir dikeluarkan pada 1983, ada peraturan-peraturan baharu mengenai hukuman yang dikemas kini dari semasa ke semasa, tetapi lebih baik jika satu garis panduan lengkap yang terkini dikeluarkan.

“Bukan sahaja mengenai hukuman yang dilarang tetapi yang dibenarkan, supaya guru ini boleh mendisiplinkan pelajar tanpa rasa seperti tangan mereka diikat,” katanya kepada Bernama.

Tan mahu supaya surat pekeliling atau garis panduan baharu itu menerangkan dengan jelas bentuk hukuman yang dibenarkan supaya tidak menjadi salah faham dalam kalangan ibu bapa sehingga menyebabkan guru disiplin dipersalahkan.

Beliau juga mencadangkan agar pelantikan guru disiplin di setiap sekolah selepas ini disusuli dengan surat lantikan khas, walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2001 sebelum ini menyatakan semua guru adalah guru disiplin.

“Walaupun ia hanya surat lantikan namun itu merupakan kuasa dan boleh membantu guru jika tindakan mengenakan hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan menjadi masalah kepada guru itu di kemudian hari,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Kaedah hukum murid: NUTP rayu kementerian keluar surat pekeliling baharu

Related Posts :

0 Response to "Kaedah hukum murid: NUTP rayu kementerian keluar surat pekeliling baharu"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect