Jennifer Lawrence Ada Sebab Berkasar Dengan Peminat

Jika kebanyakan selebriti bersikap ramah dan sedia memenuhi permintaan peminat mereka misalnya mahu swafoto bersama-sama tetapi tidak bagi Jennifer Lawrence.

Bintang filem Mother itu mengaku dia boleh berubah dan menjadi seorang yang kasar. Malah tanpa rasa bersalah, dia akan menolak peminat yang mahu swafoto dengannya.

Sekitar September lalu, Lawrence dikaitkan dengan satu pergaduhan dengan seorang peminat ketika dia menjalani penggambaran di Budapest.

Aktres terbaik Oscar ini didatangi seorang peminat lelaki. Sayangnya Lawrence pada ketika itu sedang mabuk lantas melontarkan kata-kata kesat dan menyimbah peminat itu dengan segelas arak.

Rupanya Lawrence mempunyai alasan sendiri mengapa dia bertindak sedemikian.

Menurut bekas kekasih pengarah Darren Aronofsky itu, dia berubah menjadi kasar sebagai bentuk membela diri.

"Begitu cara saya jika berada tempat umum, saya menjadi sangat kasar.

"Itu seperti satu-satunya cara saya untuk membela diri," katanya ketika ditemubual oleh program Actors on Actors.



Sumber Jennifer Lawrence Ada Sebab Berkasar Dengan Peminat

Related Posts :

0 Response to "Jennifer Lawrence Ada Sebab Berkasar Dengan Peminat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect